Thursday, August 30, 2012

Ikut Perangai Syaitan! Berpendapatan lebih RM17,000 tapi derhaka.


KUALA TERENGGANU: Sambil menggelar defendan sebagai 'Si Tanggang Moden', Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin memerintahkan pengurus sebuah syarikat cari gali minyak memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang diabaikan lebih lapan tahun lalu.
ikut perangai syaitan
Nasrun Mustafa, 39 tahun, yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan turut diarah membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM1,000 bagi perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun.
Dia juga diperintahkan membayar RM18,866.50 kepada ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang ke rumah bertemu anaknya lebih lapan tahun.
Hakim Syarie Rosdi Harun ketika membacakan keputusannya turut menyelar defendan kerana enggan hadir setiap kali perbicaraan bermula 2 Mei 2011, dengan memberikan pelbagai alasan melalui peguamnya.
Bapa Nasrun, Encik Mustafa Ismail, 66 tahun, memfailkan permohonan itu selepas defendan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah, selain tidak pernah menjejak kaki menziarah ibu bapa dan anaknya sejak bercerai dan berkahwin lain.
Encik Mustafa, yang juga pesara sebuah syarikat cari gali, pernah menyaman anak lelakinya bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya dua tahun lalu.

Awal tahun ini, beliau mengemukakan tuntutan baru terhadap anak sulungnya berikutan kegagalan defendan membayar nafkah yang dipersetujui sebelum ini.
Dalam tuntutannya, Enck Mustafa menuntut anaknya membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya sejak beliau menjaga mereka lapan tahun lalu sebanyak RM18,866 iaitu RM9,309 bagi anak lelakinya yang kini 17 tahun dan RM9,556 bagi anak perempuan, yang kini berusia 15 tahun.
Beliau turut menuntut duit Raya RM1,000 setahun dan tuntutan supaya defendan kembali taat dengan pulang ke kampung menjenguk ibu bapa dan dua anaknya, selain memohon ampun kepadanya dan isteri, Che Meriam Abdullah, 58 tahun.
Nasrun dan bekas isterinya bercerai pada 30 Disember 1998 dan kedua-duanya kemudian berkahwin lain.
Kedua-dua anak mereka mula dijaga ibu mereka tetapi kemudian diserahkan penjagaan kepada plaintif selepas berkahwin lain pada 2004.
Namun, defendan tidak pernah mengambil tahu perihal anaknya sejak bercerai. - BHM.

Manusia Berperangai Macam Syaitan Haram Jadah Bakal Jadi Sultan? 
Perangai Iblis, Syaitan dan Polis Tidak Banyak Bezanya. Sejak dulu, kini dan selamanya... 
Tunku Mahkota Johor biadap, Takkan nak ... Manusia Berperangai Macam Syaitan Haram Jadah Bakal Jadi Sultan?