Wednesday, August 22, 2012

Johan Bintang Kenyalang Pandelela Rinong Pamg

TUN Abang Muhammad Salahuddin menyematkan bintang Johan Bintang Kenyalang kepada Pandalele Rinong Pamg di Astana Negeri di Perta Jaya, Kuching semalam.

KUCHING – Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela RinongPamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam dengan diberi sambutan sebagai seorang Serikandi.

Pandelela, 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak iaitu Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlet tempatan pertama dianugerah Johan Bintang Kenyalang (JBK).

Bintang tersebut dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

“Saya amat berbangga dan terharu kerana dipilih untuk menerima pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, saya tidak akan lupa diri dan asal usul saya. Apa yang penting ialah saya ingin menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Bumi Kenyalang untuk menceburi acara sama,” kata Pandelela pada majlis itu.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg hari ini dilantik sebagai Ikon Wanita Muda Cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga. dan Masyarakat (KPWKM) atas kejayaan beliau ...
KEPULANGAN WIRA OLIMPIK: TAHNIAH KEPADA PANDALELA RINONG PAMG DAN DATO 'LEE CHONG WEI. Pandelela Pamg. Saya ingin mengucapkan selamat kembali kepada wira Olimpik kami dari London 2012, ...
TAHNIAH DARI DATO 'SERI WAN AZIZAH, PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat. KEPULANGAN WIRA OLIMPIK: TAHNIAH KEPADA PANDALELA RINONG PAMG DAN DATO 'LEE CHONG WEI. Pandelela Pamg. Saya ingin .