Wednesday, August 1, 2012

Kenyataan Azmin Ali berhubung isu penahanan dan pendakwaan saudara Rafizi Ramli

KEADILAN mengecam keras tindakan pihak polis yang menahan saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan adalah bukti jelas keterdesakan UMNO - BN akibat pendedahan butiran skandal National Feedlot Corporation (NFC).

KEADILAN percaya UMNO - BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat. Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara.
 

Justeru, KEADILAN menyeru supaya seluruh rakyat bangkit menyatakan solidariti bersama saudara Rafizi Ramli serta mendesak supaya beliau diadili secara adil di Mahkamah. Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan perjuangan demi rakyat.

Salam perjuangan

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
--
Pejabat YB Mohamed Azmin Bin Ali

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa