Saturday, August 11, 2012

Mahkamah denda dua sami Buddha sebab berjudi

Gambar hiasan - Sami Buddha mandikan perempuan

SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan semalam mendenda dua sami Buddha kerana didakwa berjudi secara tidak sah selepas kegiatan mereka didedahkan dalam satu rakaman video.
Kedua-dua sami itu didenda dua juta won ($2,206) setiap seorang.
Seorang lagi sami yang merakamkan kegiatan judi itu dan seorang jurutera yang memasang kamera turut dikenakan hukuman penjara kerana menceroboh masuk ke bilik hotel tersebut.

Pendakwa raya melakukan siasatan selepas rakaman video yang menunjukkan lapan orang sami berjudi di sebuah hotel di selatan Jangseong pada April lalu terbongkar. - AFP.