Sunday, August 5, 2012

MALAM ini akan menjadi detik penentuan

MALAM ini akan menjadi detik penentuan buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Adakah pingat emas pertama Sukan Olimpik yang diimpikan itu akan hadir atau hanya terus berpuas hati dengan perak?

Pingat perak sudah pasti berada dalam genggaman ekoran kejayaan pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir untuk menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan di Arena Wembley malam ini.

Satu lagi pingat yang mungkin hadir ialah menerusi beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang akan beraksi dalam perlawanan penentuan gangsa menentang beregu Korea Selatan, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae hari ini.

Semalam, gandingan Kien Keat-Boon Heong tewas di peringkat separuh akhir kepada jaguh China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-9, 21-19.

Namun, malam ini Chong Wei akan menjawab segala persoalan itu sama ada dia bakal menghadiahkan kejayaan besar buat rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Atas kertas, misi Chong Wei memang dilihat sukar kerana lawannya pada final bukannya calang-calang pemain.

Dalam beberapa pertemuan sebelum ini, Lin Dan sering menjadi halangan terhadap impian Chong Wei, namun kali ini, situasi mungkin berubah selepas melihat aksi luar biasa yang dipamerkan oleh jaguh negara itu sepanjang temasya Olimpik 2012 berlangsung.

Chong Wei dilihat sudah betul-betul bersedia untuk merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia.

Rentak permainannya terus meningkat daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan jika dia terus mengekalkan rentak cemerlang itu, tidak mustahil untuknya membenam cabaran Lin Dan.

"Saya tidak mahu fikirkan gaya permainan Lin Dan. Saya hanya mahu fokus dengan diri sendiri. Memang kita tahu corak permainan Lin Dan sukar dibaca dan sebab itu saya perlu memberi fokus 100 peratus terhadap diri sendiri.

"Final merupakan perlawanan terakhir dan saya akan lakukan yang terbaik dan tidak perlu untuk simpan tenaga dan kalau boleh mengelak daripada melakukan kesilapan mudah," kata Chong Wei.

Setiap paparan dipecahkan kepada beberapa sub-topik termasuk pautan ke laman web Persatuan Badminton Malaysia, BAKTI, Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, The ...
Lebihan pakaian dan peralatan sekolah yang tidak habis diagih-agihkan itu dilaporkan kini berada dalam Dwan Badminton berhampiran kediaman rasmi Menteri Besar Pembaziran tersebut bukan sahaja telah dipersoalkan oleh wakil-wakil rakyat PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri sejak..