Saturday, August 11, 2012

Apa maksud 'sebangsa' dalam tema Pakatan?

Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan. Lihat (gambar) kemewahan hidup Mukhirz.

"Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat Jitra petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh kerajaan persekutuan sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini.

Beliau yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana ia menunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan.

"Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya.

Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini.

Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa.

"Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya.

- Bernama


Slogan “Janji Ditepati” itu diselar kerana tidak memperlihatkan semangat nasionalisme, malah memecahbelahkan masyarakat kerana membawa mesej politik sempit semata-mata. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, ...
Tanpa rasa malu, UMNO BN menggunakan tema "55 tahun janji ditepati" bagi sambutan kemerdekaan tahun ini. Kita lihat senarai 20 orang paling kaya di Malaysia dan kita tanya: Di mana Melayu? Tan Sri Robert Kuok kekal ...
Tanpa rasa malu, UMNO BN menggunakan tema "55 tahun janji ditepati" bagi sambutan kemerdekaan tahun ini. Kita lihat senarai 20 orang paling kaya di Malaysia dan kita tanya: Di mana Melayu? Tan Sri Robert Kuok kekal ...
Menurutnya, Kedah kekal dengan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri walaupun PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa bagi negeri-negeri PR.
1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan Umno BN. Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan ...