Thursday, August 2, 2012

NATIONAL OVERSIGHT & WHISTLEBLOWERS CENTRE (NOW) UNTUK MELINDUNGI PEMBERI MAKLUMAT

PENUBUHAN NATIONAL OVERSIGHT & WHISTLEBLOWERS CENTRE (NOW) UNTUK MELINDUNGI PEMBERI MAKLUMAT
Negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salahguna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku. Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa. Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau.

Sepanjang saya mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, saya berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Saudara Johari Mohamad. Mereka juga kini menghadapi risiko yang sama.
Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.

Saya percaya selepas ini, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka. Pemburuan ini juga bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.

Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat.

Saya telah menubuhkan sebuah badan yang bernama National Oversight and Whistleblowers Centre (kependekan namanya NOW) yang bermatlamat seperti berikut:
1.      Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
2.      Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;
3.      Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
4.      Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan
5.      Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.


Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi. Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.
NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.
Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.
Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini. Maklumat akaun bank NOW adalah seperti berikut:
Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd)
Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

---
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, telah menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermakna wujud masalah ...
... penuh menyiasat seorang Perdana Menteri. Jika Dato' Seri Najib yakin beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua dakwaan ini. MOHD RAFIZI RAMLI ...
Punca utama yuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) mahal disebabkan Umno memberi projek kepada syarikat kroni, berharga RM15.4 juta setahun dengan kontrak 33 tahun berbanding sewa munasabah hanya RM6 juta setahun bagi tempoh sama, kata Rafizi Ramli. Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, ... Turut berucap, Presiden SMM, Mohd Safwan Anang dan Pengerusi DMK, Azrul Tahir. Hampir 200 mahasiswa memenuhi ruangan itu ...
... menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak. MOHD RAFIZI RAMLI ...