Tuesday, August 14, 2012

Noh Omar yang terdesak, tersalah desak!

Noh Omar sepatutnya perlu mendesak Muhyiddin meletak jawatan, bukannya Menteri Besar Selangor! Apala benggap sangat si Noh Omar ni...!!!
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan jika rundingan penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan selewat-lewatnya September ini.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husein berkata, ini kerana, Timbalan Perdana Menteri itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air di Selangor dan jawatankuasa tersebut baru-baru ini membenarkan penstrukturan air diteruskan oleh Kerajaan Selangor dengan syarat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Ekoran itu, Kerajaan Selangor menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi untuk menyelesaikan pengambilalihan industri air selewat-lewatnya September ini.
Faekah berkata, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati oleh mereka yang pakar sahaja.
“Noh tiada pengalaman dalam sektor korporat jadi sudah tentu beliau tidak tahu proses ‘step-in’ atau pengambilalihan konsesi.
“Mungkin Noh ingat proses ini dilakukan sama seperti ambil alih kolam ternak udang,” sindir Faekah dalam kenyataan merujuk pemilikan tanah projek kolam udang oleh Noh.
Noh sabotaj Muhyiddin?
Faekah berkata, kenyataan Muhyiddin yang membenarkan penstrukturan diteruskan itu menandakan Kerajaan Pusat bersetuju dengan rancangan Kerajaan Selangor mengambilalih syarikat konsesi.
“Sekiranya penstrukturan ini diselesaikan September ini, bermakna Muhyiddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi jawatankuasa itu.
“Maka Noh yang tiada mengena dan tiada pengetahuan mendalam dalam isu air perlu mendesak Muhyiddin meletak jawatan, bukannya Menteri Besar,” katanya.
“Kita tidak menolak kemungkinan Noh sebenarnya mahu mengenakan Muhyiddin dalam isu air ini sebagaimana beliau meletakkan sepenuhnya kesalahan penyelewengan projek NFC ke bahu Muhyiddin,” tambah beliau.
Kata Faekah, sebagai menteri penuh, Noh sepatutnya memajukan industri pertanian dan membela nasib petani seluruh negara yang masih jauh ketinggalan berbanding Thailand, Indonesia malah Vietnam pun semakin meninggalkan negara ini.
Menurut Faekah, sejak beliau memegang portfolio itu, Noh tidak memberi apa-apa sumbangan dalam bidang pertanian.
Sebaliknya beliau yang membuat untung dengan melibatkan diri dalam penternakan udang sehingga menjejaskan pendapatan nelayan.
“Kita nasihatkan Noh supaya tumpukan perhatian kepada isu-isu pertanian dan penternakan serta selesaikan isu kolam udang dan pemilikan tanah 30 ekar di Kuala Selangor. Isu air di Selangor, biarkan mereka yang pakar dan berpengetahuan selesaikan,” sindirnya.
Dalam pada itu, jelas Faekah, Kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mematuhi garis panduan WSIA sejak penstrukturan semula ini dicadangkan bagi membolehkan air dikembalikan kepada kerajaan negeri sekaligus menjaga kepentingan rakyat dari kenaikan tariff air tidak munasabah yang dicadangkan pemegang konsesi.
“Ini termasuk mengadakan beberapa siri rundingan dengan syarikat konsesi dan rundingan terakhir, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan RM9.3 bilion atau keuntungan keuntungan 25 peratus kepada syarikat konsesi,” katanya.
Tambah Faekah, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan RM9.3 bilion atau keuntungan keuntungan 25 peratus kepada syarikat konsesi.
“Namun, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Sybas) yang dimiliki kroni Umno, Tan Sri Rozali Ismail menolak tawaran ini dan menuntut pampasan yang memberi keuntungan sehingga 75 peratus.
“Rundingan dengan syarikat konsesi ini juga tidak mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat kerana mereka lebih berminat menyelamatkan syarikat konsesi yakni kroni Umno berbanding kepentingan rakyat,” kata beliau.

Bila Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, “Ini jelas menunjukkan bahawa beliau (Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar) terdesak untuk membuktikan dirinya masih ...
Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu. Katanya lagi, defisit yang ...
... DISELANGOR YG YG SELALU DIGEMBAR GEMBURKAN OLIH LIDAH RESMI SYAITAN DAN TALIBARUT FIRAUN/IBLIS YG DERTERAJUI KHIR TOYOL SERTA MENTERI UMNO YG BODOH DUNGU IAITU NOH OMAR.
13 Julai, MT melaporkan Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Dato' Noh Omar telah mengedarkan surat mengenai kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin kanan Umno. Surat salahlaku tata etika yang ...
Menterinya, Datuk Noh Omar memang terkenal dengan kegelojohannya dalam menunjukkan taat setianya kepada Abdullah Badawi sehingga sanggup mengabaikan perancangan yang berhemah dalam membelanjakan ...

1 comment:

Anonymous said...

Noh kenalah berbakti dgn najib yg boleh pastikan dia dapat jadi MB lpas PRU 13 ni. Ikut muhyiden dia dapat apa?

Inilah tindak-tanduk yg sedang berlaku dari kalangan orang2 umno (BARU) saban hari kita dapat saksikan dgn jelas dan nyata. Cuma noh lupa di belakang muhyiden tu ada kuasa mutlak umno (BARU) iaitu mahadeyyy yg sedang bersiap siaga mahu NGAP najib!

Gheng lama