Friday, August 17, 2012

PANDELELA DILANTIK IKON WANITA MUDA CEMERLANG

PUTRAJAYA 17 Ogos - Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg hari ini dilantik sebagai Ikon Wanita Muda Cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
 dan Masyarakat (KPWKM) atas kejayaan beliau meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London baru-baru ini.

Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur berkata, Pandelela merupakan "role model" kepada generasi muda mencapai ke tahap cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya pelbagai program termasuk "roadshow" akan diatur mengikut kesesuaian dan persetujuan Pandelela, malah ibu bapa Pandelela akan turut dilibatkan dalam usaha kementerian menekankan kepentingan institusi kekeluargaan dalam memberi kejayaan kepada anak-anak, katanya di sini.

Pandelela, 19, memenangi gangsa dalam acara platform 10 meter di Sukan Olimpik London 2012, sekali gus merupakan wanita pertama Malaysia yang memenangi pingat di temasya Olimpik.

Saya ingin mengucapkan selamat kembali kepada wira Olimpik kami dari London 2012, Pandelela Pamg dan Lee Chong Wei, serta mengucapkan tahniah kepada mereka untuk persembahan yang cukup mengagumkan.