Monday, August 13, 2012

Panel Siasatan Tidak Perlu: Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu adalah sah di sisi undang-undang


KUALA LUMPUR 13 Ogos: Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga tidak akan memberi keterangan kepada panel siasatan bebas Bersih yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu berpendirian, panel siasatan tersebut berat sebelah selain bertegas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu adalah sah di sisi undang-undang.
Menurut beliau, panel siasatan tidak perlu ditubuhkan kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah mengadakan pendengaran awam bagi menyiasat perkara itu.

“Saya sudah menulis surat kepada panel siasatan dan memaklumkan saya tidak akan hadir memberi apa-apa keterangan,” katanya ketika dihubungi.
Selasa lalu, Tun Hanif meminta Ambiga dan Majlis Peguam hadir memberi keterangan.
Hanif berkata, keterangan itu amat diperlukan memandangkan mereka adalah penganjur dan dapat memberi gambaran lebih jelas situasi perhimpunan.
Sebelum ini, Hanif pernah mengaitkan Bersih 3.0 dengan ideologi komunis.
Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat keganasan perhimpunan Bersih 3.0.
Jawatankuasa itu turut dianggotai bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim; Pengarah Urusan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Perundangan Antarabangsa Media Cina Liew Peng Chuan; Pengarah Perhubungan Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Profesor Psychologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.
Bagaimanapun, Steve menarik diri daripada panel itu kerana masalah kesihatan manakala Mohammad Medan menolak pelantikan itu berikutan bebanan tugas lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat hari ini sebelum memutuskan sama ada akan hadir memberi keterangan pada panel siasatan.
“Kami perlu berbincang perkara ini dulu sebelum membuat keputusan,” kata Chee Wee.

Aug 03, 2012
Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.
Jun 02, 2012
Kerajaan Rakyat mohon seluruh rakyat Malaysia agar tonton video asal Perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ianya diedit olih baruah-baruah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sila lihat video dan ...
May 03, 2012
Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.
May 27, 2012
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya perhimpunan BERSIH 3.0 adalah “persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya” menimbulkan persoalan ...
Jun 04, 2012
Kerajaan Rakyat mohon seluruh rakyat Malaysia agar tonton video asal Perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ianya diedit olih baruah-baruah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sila lihat video di ...
May 01, 2012
Tindakan polis semasa BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 lalu jauh lebih buruk, ganas dan zalim berbanding perhimpunan BERSIH sebelum ini. Tindakan polis seolahnya mempersundalkan undang-undang negara. Perkara ...
Apr 30, 2012
Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya ...
Apr 28, 2012
Menjelang perhimpunan aman BERSIH 3.0 esok petang, agaknya apa yang disiarkan ASTRO, yang secara tiba-tiba menganugerahkan rancangan televisyen percuma untuk kesemua 130 salurannya hingga 6 haribulan Mei ...
May 13, 2012
Selepas itu, UMNO menfitnah peserta perhimpunan aman Bersih 3.0 sebagai perusuh ganas, menuduh mereka yang menjayakan Bersih sebagai agen anasir luar yang nak menjatuhkan negara. Dan yang terbaru fitnah ...
May 09, 2012
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menyelar Najib yang kian paranoid sehingga percaya wujud percubaan menggulingkan kerajaan pada himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu. “Walaupun ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka sepakat ... “Sangat dikesali Najib mengeluarkan tuduhan melulu perhimpunan ini percubaan pihak pembangkang menggulingkan kerajaan,” kata veteran DAP itu. Kit Siang turut membidas, bagaimana Najib boleh mengatakan ...