Sunday, August 5, 2012

PAS Akan Tanding Di 70 Kerusi Parlimen

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, partinya akan bertanding di sekurang-kurangnya 70 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang dan sudah pun hampir selesai mengenalpasti calon-calonnya.
Kata Mohamad Sabu lagi, sebahagian besar calon PAS untuk kerusi parlimen adalah terdiri daripada teknokrat atau golongan profesional.
Bercakap dalam satu temuramah, Mohamad Sabu menambah, sehingga kini sudah hampir 90 peratus isu pembahagian kerusi telah pun diselesaikan dengan anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu DAP dan PKR.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di 66 kerusi daripada keseluruhan 222 buah kerusi Dewan Rakyat dan menang 23.
Jelas Mohamad Sabu, ramai muka baru akan diletakkan bertanding di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
PAS berazam untuk menambah peruntukkan kerusi mereka dengan harapan akan berpeluang untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengepalai PR ke Putrajaya.
Buat masa ini mereka berada di kedudukan ketiga selepas PKR yang mempunyai 27 kerusi dan DAP, 28.


Menurut Mohamad Sabu lagi, hanya tinggal kerusi di Sabah dan Sarawak sahaja yang masih belum selesai dan masih dirunding.
Portal berita Malaysianinsider  melaporkan yang Mohamad Sabu sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, iaitu kerusi yang suatu ketika dahulu pernah disandang oleh presiden parti Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Dan bagi memberi laluan kepada Mohamad Sabu, penyandang kerusi itu sekarang, Dr Mohd Hayati Othman, dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri.
Kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu atau kingmaker dalam pilihan raya umum ke-13 kerana bilangan pengundi dari kalangan etnik itu tidak membolehkan mereka menentukan keputusan pilihan raya. Ketua Parlimen ...
Hampir separuh daripada rakyat Malaysia akan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, menurut dapatan daripada tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. Pastinya pilihanraya umum ke-13 akan diadakan selepas Bajet 2013 kerna masih banyak ...
Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi ...