Monday, August 6, 2012

Pekarangan Al-Aqsa kini taman awam

KONTROVERSI BARU: Israel kini membenarkan penduduk Yahudi memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid.
- Foto fail REUTERS

BAITULMAKDIS: Majlis Perbandaran Israel memutuskan pekarangan Masjid Al-Aqsa sebagai kawasan taman awam, sekali gus membolehkan pendatang Yahudi berada di kawasan berkenaan pada bila-bila masa.
Pemimpin kedua Pergerakan Islam Bagi Wilayah Palestin Dijajah 1948, Sheikh Kamal Al-Khatib, mendedahkan keputusan itu diluluskan majlis berkenaan berkuat kuasa Ramadan tahun ini.
Sheikh Khatib memberi amaran, langkah pihak berkuasa Israel itu adalah satu langkah meng-Yahudikan tanah suci umat Islam di sini.

Menurutnya, buat kali pertama, mereka membenarkan pendatang dan pelampau Yahudi masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid.
Beliau juga mendedahkan tindakan askar Yahudi pada Jumaat lalu menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menahan imam masjid yang sedang sujud memimpin solat subuh menyebabkan ibadat itu tidak dapat disempurnakan.


Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menyifatkannya pencabulan terang-terangan kesucian tanah suci umat Islam ketiga itu.
Sehubungan itu, kementerian itu menggesa pemimpin Islam seluruh dunia mengadakan sidang bagi membincangkan langkah bagi melindungi masjid itu.
Sementara itu, di London, Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi Manusia (AOHR) menyifatkan langkah Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa.
Dalam kenyataannya, AOHR menekankan, keputusan Majlis Perbandaran Israel itu bercanggah dengan Konvensyen Geneva.
Ia juga mengecam penasihat politik pemerintah Israel, Encik Yehuda Vinstein, yang mencadangkan kepada majlis dan pihak berkuasa antikuiti supaya mengkaji langkah menetapkan masjid itu sebagai sebahagian Israel.
AOHR menegaskan, Al-Aqsa bukan hanya meliputi struktur masjid malah kawasan pekarangannya termasuk Masjid Kubah Batu.
Kawasan Masjid Al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi, temboknya sepanjang 491 meter ke sebelah barat, 462 meter ke sebelah timur, 310 meter ke utara dan 281 meter ke selatan, kata AOHR. - Agensi. 
... kesialan dan keganasan puak yahudi terhadap puak Islam dan Keristian Arab.....tapi satu dunia tahu apa matlamat zionis.....mendirikan berhala BARU atas runtuhan masjid Al-Aqsa......kerana mereka hendak menabalkan ...
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel. Shin Bet turut terkenal ...
KerajaanRakyat l NEW YORK: Negara-negara penderma kelmarin sekali lagi mengakui bahawa penguasa Palestin sudah bersedia membentuk negaranya berdasarkan pada laporan-laporan daripada institusi-institusi ...
Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006? Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh ...
Respon DSAI terhadap Laporan Goldstone-Isu Palestin. Rakan-rakan, Berikut adalah adalah respons DSAI terhadap Laporan Goldstone: Saya menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa ...
Kerajaan Rakyat : Umno-Barisan Nasional (BN) didakwa mengambil kesempatan mencari nama sehingga lupa tujuan utama membantu umat Islam Palestin dalam misi kemanusiaan ke Gaza hujung bulan ini. Ahli Parlimen ...