Friday, August 3, 2012

PENUBUHAN MAHASISWA KEADILAN

Pelancaran Mahasiswa Keadilan akan disempurnakan oleh YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden KEADILAN seperti berikut:

Tarikh: 4 Ogos 2012 (SABTU)
Masa: 1130 pagi
Tempat: Ibu Pejabat Keadilan, Tropicana.

Mahasiswa Keadilan adalah kumpulan aktivis siswa yang bertujuan untuk membawa semangat kebebasan akademik ke kampus-kampus, selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang kini membenarkan siswa terbabit dengan politik.

Mahasiswa Keadilan akan membawa idealisme yang diperjuangkan Keadilan ke kampus-kampus, walaupun ia bukanlah sayap kepada parti tersebut.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya