Friday, August 31, 2012

Peringatan untuk para JANDA, carilah DUDA agar anda tidak terperdaya

Janda Janda
MELAKA: Cair dengan pujukan 'Dr Michael Clinton' kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kehilangan RM233,000.
Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih, yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Soh Hock Sing, berkata bagi meyakinkan mangsa, suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang sebanyak AS$380,000 kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.
Selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, bagi mendapatkannya, mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.
"Terpedaya dengan helah itu, mangsa yang juga setiausaha sebuah syarikat swasta melakukan lima transaksi pemindahan wang ke akaun suspek yang keseluruhannya berjumlah RM233,000," katanya pada sidang media kelmarin.
Superintenden Soh berkata selepas membuat pembayaran itu, mangsa yang menetap di sini, diarahkan 'Dr Michael' berjumpa seorang lelaki Nigeria di Kuala Lumpur.
'Dr Michael' memberitahu mangsa kononnya lelaki Nigeria terbabit akan memberikan mangsa wang berjumlah AS$380,000 yang dijanjikan.
"Ketika bertemu lelaki itu, mangsa menerima peti besi yang didakwa mengandungi mata wang Amerika Syarikat yang dikirimkan kepadanya. Namun, sejurus dibuka, lelaki itu mengambil botol putih berisi bahan kimia dan beberapa kertas memaparkan arahan untuk mencuci wang.
"Lelaki itu kemudiannya mencuci empat mata wang Amerika, yang setiap satu bernilai AS$100 dan mengeringkan dengan alat pengering rambut.
"Dia kemudian memberitahu baki selebihnya perlu dibawa ke Kedutaan Amerika kerana bahan kimia yang dibekalkan tidak mencukupi dan mangsa perlu membayar RM10,000 lagi," katanya.
Pelik dan curiga dengan tindak tanduk warga asing itu, mangsa membuat laporan polis sejurus kembali ke Melaka.
Hasil siasatan, polis telah menahan seorang wanita warga tempatan yang juga pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berusia 23 tahun di Kuala Lumpur, pada 23 Ogos lalu.
Tiga lelaki warga Nigeria pula ditahan di Putrajaya kelmarin. - Harian Metro.

Moral cerita: 
Kepada para janda, lain kali beringatlah... sebelum hendak terlentuk dengan lelaki luar... lentuklah dulu dengan duda-duda tempatan... anda akan lebih selamat. 
Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ... Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan.
seorang janda beranak 3 dibenarkan melancap selama 15 minit setiap dua jam dalam waktu pejabat. Janda berusia 36 tahun itu juga dibenarkan untuk menggunakan komputer bagi menonton ...