Thursday, August 16, 2012

Perkauman Bangsa Cina: Daripada 270 penerima biasiswa, hanya 2 Melayu!!!

Uniknya pemimpin Melayu
Di Malaysia, Sultan dan pemimpin politik berbangsa Melayu samada daripada Umno atau PKR berlumba-lumba menambat hati masyarakat Cina untuk meraih sokongan mereka. Ramai Cina di Malaysia yang kayaraya bukan kerana mereka rajin tetapi kerana mereka pandai berkawan dan pandai membodek malahan sunggup merasuah Sultan, Raja dan pemimpin Melayu yang sememangnya gilakan harta dunia!! Bangsa Cina terkenal dengan sebagai satu bangsa yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat akhir mereka untuk menguasai ekonomi negara tercapai. Kesemua mereka di sini terdiri daripada kroni Umno dan mereka yang pandai membodek mana-mana Sultan yang mengkhianati Islam dan Melayu.
Di Singapura, negara yang telah diberi percuma kepada orang Cina oleh pemimpin Melayu Umno, orang Melayu Singapura kini didiskriminasikan. Daripada 270 penerima biasiswa Presiden, hanya 4 untuk orang Islam, termasuk 2 Melayu!! Buktinya di sini.

KEJAYAAN CEMERLANG: Adil menerima Biasiswa Presiden daripada Presiden Tony Tan dalam satu majlis di Istana semalam. - Foto KHALID BABA
Singapura: SEORANG pelajar Melayu yang cemerlang di peringkat GCE 'A' meneruskan pencapaian istimewanya dengan dipilih sebagai antara lima penerima Biasiswa Presiden tahun ini.
Encik Adil Hakeem Mohamad Rafee, 19 tahun, bekas penuntut Maktab Rendah Raffles (RJC), menjadi anak Melayu kedua dalam sejarah Singapura menerima biasiswa unggul itu.
Kali terakhir seorang anak Melayu terpilih bagi menerima biasiswa ini adalah 44 tahun lalu.
Encik Adil, anak sulung keluarga dua beradik juga merupakan salah seorang penerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) bulan lalu.
Biasiswa Presiden, anugerah terulung dalam bidang pendidikan negara, diperkenalkan pada 1964.
Ketika itu ia dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Negara tetapi ditukar namanya kepada Biasiswa Presiden pada 1966, menyusuli kemerdekaan Singapura.
Pelajar Melayu/Islam pertama yang pernah menerima Biasiswa Presiden adalah Encik Ismail Ibrahim pada 1968.
Beliau adalah abang Menteri Penerangan, Perhubungan dan  Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim.
Dua pelajar Muslim lain juga pernah menerima Biasiswa Presiden itu.
Mereka adalah Encik Abdeen Aziz Tyebally pada 1971 dan Encik Mikail Kalimuddin pada 2005.
Ketika ditemui, Encik Adil mengaku beliau "tidak sangka berjaya menerima Biasiswa Presiden ini."
"Dengan biasiswa ini, jangkaan orang ramai terhadap saya pastinya lebih tinggi tetapi saya berharap pencapaian saya dapat membanggakan masyarakat dan (saya dapat) berkhidmat bagi mereka," ujarnya.
Encik Adil adalah antara lima pelajar tahun ini yang menerima biasiswa itu daripada Presiden Tony Tan Keng Yam dalam satu majlis di Istana, malam tadi.
Encik Adil kini tersenarai sebagai di antara sekitar 270 penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Negara dan Biasiswa Presiden, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, dan Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Encik Chan Chun Sing.
Ditanya jika beliau bakal mengikut jejak langkah para menteri itu, Encik Adil berkata, beliau belum lagi memikirkan mengenainya namun yakin ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
"Saya ingin membantu masyarakat dan dengan menyertai perkhidmatan awam saya dapat membantu mereka sebagai sebahagian pekerjaan saya dan bukan pada masa lapang sahaja," kata anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa itu.
Encik Adil belum membuat keputusan berkenaan universiti pilihannya kerana beliau hanya akan melanjutkan pengajiannya tahun depan setelah berkhidmat dalam NS bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama setahun.
Namun beliau merancang menceburi jurusan undang-undang di Universiti Cambridge di Britain atau jurusan ekonomi dan politik di Universiti Yale di Amerika Syarikat.
Sebaik pulang ke Singapura, beliau akan menyelesaikan baki tempoh NS sebelum diikat bon enam tahun dengan perkhidmatan awam.
Anak pasangan pengurus dan pengurus kanan di sektor swasta itu juga menempa nama sebagai pelajar terbaik Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2005 dan pelajar Melayu terbaik bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' tahun lalu.