Saturday, August 18, 2012

Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah Presiden Parti Keadilan Rakyat


Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd
Begitulah syahdunya seruan takbir dan tahmid di pagi 1 Syawal. Pastinya perasaan syukur ke hadrat Ilahi itu memuncak di kala kita semua bergembira menyambut kedatangan Syawal.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang tercinta. Semoga kehadiran Syawal terus memperkukuhkan perjuangan kita mempertahankan hak dan keadilan rakyat.

Ramadhan yang baru berlalu, sesungguhnya telah menunjukkan kita kembali arah fitrah kehidupan manusia yang sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan. Bahkan Ramadhan jugalah mendidik kita untuk menjadi seorang muslim yang bersungguh sungguh mencari keredhaan Illahi.

Dalam kita menyambut kegembiraan Syawal, marilah kita bersama-sama berdoa akan keselamatan saudara kita yang kini berdepan dengan tekanan dan kezaliman daripada mereka yang tidak punyai nilai kemanusian. Doakanlah keselamatan dan kesihatan saudara kita di Rohigya, Syria, Palestin dan juga seluruh umat Islam di merata dunia yang sering ditindas.
 

Tidak lupa kepada rakyat Malaysia juga yang terbeban dengan harga barang yang mahal, keselataman awam terutamanya ibu-ibu dan kaum wanita yang mejadi mangsa jenayah ragut, rogol, bakar dan bunuh. Semoga Syawal ini kita semua bersama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga, Insya Allah.

Selangor juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama dalam musim perayaan ini. Sumbangan dan bantuan terus diberikan kepada rakyat tanpa membedakan fahaman agama dan politik. Di samping itu KEADILAN juga terus dengan agenda membela rakyat dengan kempen terbaru untuk menurunkan harga kereta. Ini secara tidak langsungnya akan membantu peningkatan ekonomi rakyat. Oleh yang demikian, matlamat untuk menurunkan harga minyak, kawalan harga barang akan lebih terancang untuk dilaksanakan kelak.

Akhir kalam, dari saya dan seluruh kepimpinanan serta ahli KEADILAN, kami ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini diiberkati Allah. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pastikan kenderaan diperiksa sempurna. Pandulah dengan sabar dan berhemah agar kegembiraan Syawal dapat disambut dengan keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Eidulfitri

Maaf Zahir dan Batin


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



TAHNIAH DARI DATO 'SERI WAN AZIZAH, PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat. KEPULANGAN WIRA OLIMPIK: TAHNIAH KEPADA PANDALELA RINONG PAMG DAN DATO 'LEE CHONG WEI. Pandelela Pamg. Saya ingin ...
WAN AZIZAH WAN ISMAIL: Saya menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab. KENYATAAN MEDIA 10 JULAI 2012 71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan ...
Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami ...
Malaysian politics was left polarised by his ouster, and by 2007 he was campaigning for Parti Keadilan Rakyat, a centrist party formally headed by his wife, Wan Azizah Wan Ismail, who had emerged as an opposition symbol ...