Tuesday, August 7, 2012

Pilihan Raya Umum ke-13: Samada September atau November 2012

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kesempatan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib akan mengumumkan tarikh PRU-13 dalam bulan kemerdekaan dan tariknya mungkin pada bulan September atau November.
Menurutnya, PR telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini walaupun tarikhnya masih menjadi keraguan semua pemimpin politik.
"Najib akan ambil kesempatan dengan Hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan kembali imej dan umumkan tarikh PRU.
"Apa pun tarikh PRU kita (PR) telah bersedia untuk menghadapinya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada akhir Jun lalu, ketika mengumumkan tema Hari Kemerdekaan 'Janji Ditepati', Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September manakala sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Kuala Lumpur.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.
"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," kata Rais.
Sementara itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, walaupun BN sentiasa memberi tekanan terhadap PR untuk memecah belahkan parti, namun kekuatan PR tidak akan runtuh dan sedia menghadapi PRU pada bila-bila masa.
Menurutnya, isu lama dan skrip yang sama dikaitkan dengan PR tidak akan menggugat perpaduan PR antara parti.

"Saya yakin BN akan guna skrip lama untuk pecah belahkan PR. Tapi PR tidak akan tergugat dan bersedia hadapi PRU pada bila-bila masa yang akan diumumkan Najib," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP.

Kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu atau kingmaker dalam pilihan raya umum ke-13 kerana bilangan pengundi dari kalangan etnik itu tidak membolehkan mereka menentukan keputusan pilihan raya. Ketua Parlimen ...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. Pastinya pilihanraya umum ke-13 akan diadakan selepas Bajet 2013 kerna masih banyak ...
Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi ...
Kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu atau kingmaker dalam pilihan raya umum ke-13 kerana bilangan pengundi dari kalangan etnik itu tidak membolehkan mereka menentukan keputusan pilihan raya. Ketua Parlimen .