Sunday, August 26, 2012

Politik Malaysia: Semoga Allah SWT juga mengizinkan perkara ini berlaku


Allah hu Akbar
Di dalam Asma-ul Husna, Allah swt mempunyai 99 nama. Namun nama yang paling sering disebut dan dibaca di dalam Surah Al-Fatihah adalah Allah Al-Rahman (Maha Pemurah) dan Allah Al-Rahim (Maha Mengasihani)
 Tengku Tan Sri Razaleigh Bin Hamzah
Isu Politik M'sia di sini. Kisah persundalan Umno BN di sini.
Adalah di atas IZINNYA, nama Al Rahman telah melengkapkan susunan/aturan atau turutan nama-nama keenam-enam Perdana Menteri Negara Malaysia. Adakah ianya hanya satu kebetulan? Apa pun andaian/tanggapan kita, sesungguhnya Allah swt telah mengizinkan perkara ini berlaku di atas kehendakNYA

R – Tunku Abdul (R)ahman Putra Al Haj
H – Tun (H)ussien Bin Onn

Jika kita mengambil nama kedua yang sering disebut/dibaca itu, nama Al-Rahim pula menyusuri. Adakah Allah swt juga akan mengizinkan namaNYA ini menjadi ‘tanda’ bagi kita memilih pemimpin utama Negara tercinta ini?
 

Bermula dengan huruf R, bagi saya, secara ikhlas, saya melihat susuk tubuh yang paling layak menerajui  Negara ini selepas DS Najib adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Semoga Allah swt jugakmengizinkan perkara ini berlaku. Insya Allah!

R – Tengku Tan Sri (R)azaleigh Bin Hamzah
A - ? (Dia kah?)
H - ?
I - ?
M - ?

Bagi turutan selanjutnya kita memohon kepada Allah swt agar mengurniakan kepada kita insan-insan yang baik pekertinya lagi menyanjung tinggituntutan agamaNYA. Semoga Negara ini kekal selamat dibawah naunganNYA. Amin!!!

Orglama @ gheng lama @ The MIND!!! 

Kepada engkau harapan ku sandarkan, Peliharalah bicara indah budaya bangsa mu, Peliharalah tinggi darjat ..
Jangan gusar jangan kau ragui. Perjuangan mu akan terus disusuri. Nama mu bertatah emas dihati. Anwar, Dalam lelah yang meninggi. Aku susun sepuluh jari. Mohon kehadrat Illahi. Agar usaha mu kan terus diberkati. Sofi ...
Semoga roh ayah dan ibu sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Illahi. Hari ini buat anak-anakku,. Ayah titipkan sedikit apa yang pernah dibisikkan ketelinga ayah. - Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ...
Saya bersama anak dan Malvina ke “Wadi Hussein” di Kampong Janda Baik, di Pahang kerna Syed Hussein Al-Attas