Thursday, August 30, 2012

Program “Janji Ditepati” hanya untuk ahli UMNO

umno syaitan
Isu Politik M'sia di sini. Kisah persundalan Umno BN di sini.
KUALA LUMPUR 30 Ogos: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim gagal menguruskan sambutan kemerdekaan yang bakal disambut malam ini dan esok kerana mencampur adukkan upacara tahunan itu yang dirai seluruh rakyat dengan program parti.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar berkata, Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok malam menunjukkan Umno terdesak meraih keyakinan rakyat.

“Ia bukti betapa Umno perlu sangat meraih keyakinan rakyat, malah kerajaan sendiri tidak yakin dengan transformasi mereka,” katanya ketika dihubungi.
Malah Rais juga dilihat merapu dalam pelbagai kenyataan berhubung sambutan ulang tahun merdeka kali ini.
Rais mengatakan kerajaan akan menyalurkan mesej tentang program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam perbarisan hari kemerdekaan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka esok pagi.
Kerajaan Umno juga kononnya akan menonjolkan penerimaan rakyat terhadap kejayaan yang dicapai termasuk pembangunan luar bandar, kempen cegah jenayah dan memerangi rasuah.
“Rais sebenarnya keliru dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri yang menguruskan sambutan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Sebab itu beliau tak boleh beza sambutan rakyat seluruh Malaysia dengan program parti,” kata Shamsul sinis.
Ketua Setiausaha Kementerian itu, Kamaruddin Siaraf sebelum ini ‘terlepas cakap’ bahawa orang ramai hanya boleh menonton sambutan kemerdekaan melalui layar di luar stadium kerana tempat duduk dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.
“Memang betullah, Umno tak faham erti kemerdekaan, mereka ingat hari kemerdekaan ini mereka yang punya,” kata Shamsul lagi.- keadilandaily

Memang dasar Umno, bani penipu dan pengkhianat bangsa! Mahathir khianati Anwar, tiada siasatan terhadap Mahathir. Rosmah dan suami dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, tiada siasat terhadap mereka berdua.
UMNO ZALIM · UMNO PENGKHIANAT. # SEJARAH KEZALIMAN UMNO YANG HARUS DISEBARKAN #. 
UMNO Pengkhianat Bertindak Ganas. Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di ...
Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi. Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam ...