Saturday, August 25, 2012

Pru13: Lebih satu dari 10 pengundi dijangka undi buat kali pertama


Isu Politik M'sia di sini. Kisah persundalan Umno BN di sini.
KUALA LUMPUR: Lebih satu daripada 10 pengundi pada pilihan raya umum (pru13) akan datang adalah pengundi kali pertama dan kecondongan mereka terhadap sesuatu parti akan menentukan siapa yang bakal menguasai Putrajaya, dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini masing-masing bersaing sengit bagi meraih undi sokongan.
Para pengamat dan pemerhati politik berkata pengundi yang berada "di atas pagar", terutama wanita yang bekerja di rumah dan golongan muda, adalah penting dalam menentukan keputusan pilihan raya yang harus diadakan menjelang April tahun 2013.
"Mereka (yang berada di atas pagar) akan menentukan siapa yang akan menang atau kalah sebahagiannya kerana sebahagian besar bilangan kerusi (dalam pilihan raya lalu) dimenangi dengan jurang margin yang kecil," kata pengarah Merdeka Centre, Encik Ibrahim Suffian.

Sehingga akhir tahun lalu, bilangan pengundi yang layak mengundi telah bertambah daripada 10.9 juta orang semasa pilihan raya umum 2008 kepada 12.2 juta rakyat Malaysia - satu pertambahan sebanyak 1.3 juta pengundi.
Perangkaan itu akan bertambah lagi jika pilihan raya ditangguh ke tahun depan.
Rabu lalu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) kelihatan menjadi yang pertama mengambil kesempatan pertambahan jumlah pengundi baru itu apabila ia melancarkan satu langkah pendaftaran pengundi di seluruh Malaysia.
DAP berkata ia akan menjalankan usaha terakhirnya mendaftar para pengundi baru bagi mengatasi kelebihan kecil undi popular yang dimenangi BN dalam pilihan raya kecil 2008.
BN meraih 4.08 juta undian pada 2008 berbanding dengan 3.79 juta undian yang diraih parti-parti komponen PR - satu jurang perbezaan kurang 290,000 undi.
Pakatan Rakyat berharap para pengundi baru dalam pilihan raya umum akan datang boleh membantu parti-parti seperti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengatasi jurang itu.
DAP berkata kempen pendaftaran pengundi di seluruh Malaysia itu bermula sebelum 15 September ini, dengan jangkaan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mengadakan pilihan raya umum itu pada Januari depan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masih ada 3.3 juta pengundi yang belum mendaftar.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata sebanyak 13 juta risalah pilihan raya telah dicetak untuk diedarkan kepada pengundi dengan memberi tumpuan pengundi muda di seluruh negara. 
DAP menyeru kepada semua warganegara yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian sebelum 15 September 2012
Kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu atau kingmaker dalam pilihan raya umum ke-13 kerana bilangan pengundi dari kalangan etnik itu tidak membolehkan mereka menentukan keputusan pilihan raya.
Jangan pelik dan hairan jika terdapat juga nama-nama seperti Pantat binti Nonok, Kote bin Batang dan Bijik binti Kelentit akan tersenarai dalam daftar pengundi SPR.
Tulisa Contostavlos telah dinobatkan sebagai sebagai wanita paling seksi di dunia. Tulisa Contostavlos mengalahkan Cheryl Cole dan Rihanna yang berada di tangga ...