Tuesday, August 7, 2012

Rakyat marah kerana mereka tahu penyelewengan itu melibatkan kepentingan awam

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak terkejut dengan keterangan yang diberikan Datuk Seri Shahrizat Jalil pada perbicaraan kes saman isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Kita memang sudah jangka, beliau (Shahrizat) akan beri keterangan begitu, jadi kita tak terkejut,” katanya.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam sebagai saksi pertama kes saman beliau berjumlah RM100 juta terhadap Rafizi dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berhubung isu skandal NFC.
Shahrizat dalam keterangannya memberitahu hakim kononnya Rafizi dan Zuraida telah memfitnah beliau sehingga menjatuhkan nama dan reputasinya.

“Shahrizat bercerita di hadapan hakim seolah-olah kita (KEADILAN) yang memiliki Utusan dan TV3 dengan memberi gambaran bahawa kita yang mempengaruhi keseluruhan perspektif rakyat,” jelas Rafizi.
“Tapi yang sebenarnya, rakyat sendiri sedar dan dapat membezakan penyelewengan itu, kerana kita ada bukti dan rakyat marah kerana mereka tahu penyelewengan itu melibatkan kepentingan awam,” katanya.
“Kita tunggu dan lihat saja sebab peguam kita akan mengupas lebih lanjut semua bukti dalam kes ini,” kata Rafizi lagi.
Shahrizat memfailkan saman itu 19 Januari lalu berikutan pendedahan KEADILAN berkaitan dana RM250 juta untuk penternakan lembu itu disalah guna keluarga beliau.
Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.
NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.
Sementara itu, Zuraida turut mengulas keterangan Shahrizat yang banyak memberi gambaran kehebatan perjalanan karier beliau dan sering mengulangi ayat, “saya dianiaya dan dizalimi”.
“Perlu diingatkan, kalau latar belakang beliau begitu bagus, kita tak akan berada di sini hari ini,” kata Ahli Parlimen Ampang itu sinis.
Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan perbicaraan seterusnya Jumaat ini untuk keterangan balas.
Rafizi diwakili Leela Jesudasan dan Ranjit Singh sebagai peguam, manakala Gopal Sreenavasan dan Razlan Hadri bertindak sebagai peguam Zuraida.
Turut hadir memberi sokongan, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Tian Chua dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya akan terus mendedahkan penyelewengan pinjaman mudah oleh kerajaan itu ketika perbicaraan saman yang difailkan Datuk Seri Shahrizat Jalil bermula Ogos ini. “Bila kita disaman, kita ... Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga pengerusi Esekutif NFCorp, DatukSeri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat. Sebelum ini ...
Lampiran D mengesahkan bahawa Dato' Seri Salleh Ismail mendapat pinjaman peribadi berbaki RM4,391240 untuk membiayai secara bersama pembelian hartanah melalui pinjaman bernombor 02062369427 dan menjadi penjamin ... supaya Dato' Seri Najib Tun Razak menunaikan janji beliau untuk membekukan semua aset NFC, termasuklah simpanan tetap berjumlah RM71.4 juta ini. MOHD RAFIZI RAMLI. PENGARAH STRATEGI KEADILAN. 7 MAC 2012 ...
Sedangkan Pengerusi Eksekutif NFC , Dato' Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Dato Seri Sharizat Jalil telah mengakui bahawa membeli 2 unit kondominium One Menerung yang berjumlah RM 13.8 juta dan Jingga 13 ... NFC yang telah dilakukan pada 1 Disember 2011 bertempat di Balai Polis Dang Wangi , Kuala Lumpur yang turut melibatkan hampir RM 5 juta wang rakyat yang telah diseleweng oleh ahli keluarga Dato Seri Shahrizat Jalil .
Tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula. Hari ini ... Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang akan terus .... Dato\' Dr Hasan Hj Mohd Ali akan sertai UMNO?
4 unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran. Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A ...
Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh. Pendedahan ini...
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam ... Perkara ini turut diakui oleh Dato' Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011. .... Dato\' Dr Hasan Hj Mohd Ali akan sertai UMNO?