Saturday, August 4, 2012

Saya tidak selamat di sini... Di sini, Malaysia, saya tidak selamat.

Walaupun sudah mampu kembali ke Malaysia pada waktu-waktu tertentu selepas melarikan diri ke luar negara empat tahun lalu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam masih bimbangkan keselamatan dirinya.

"Saya boleh kembali, tetapi kembali (untuk melawat) saja. Saya tidak selamat di sini... Di sini, Malaysia, saya tidak selamat.

"Pelbagai perkara boleh berlaku, kecelakaan boleh berlaku," kata bekas pegawai polis itu.

Tanpa menamakan pihak yang ditakutinya, beliau berkata, terdapat orang yang berkuasa yang boleh bertindak sewenang-wenangnya pada masa ini.

"Mereka boleh lakukannya kerana berkuasa. Mereka boleh buat apa yang mereka mahu dan kita tidak boleh melawan (mereka).


Kehilangan penyiasat bebas, P.Balasubramaniam selepas mengubah pendiriannya dalam 'akuan bersumpah'nya, telah berjaya menguatkan rasa gelisah rakyat terhadap mainan politik kotor sang penguasa. Pendedahan ...
Hari ini ternyata ianya benar apabila usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara ...
Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila mendakwa beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.LAGI Akuan berkanun baru ...