Wednesday, August 8, 2012

Selepas menerima kritikan, Pakatan Rakyat buat U-turn

Selepas menerima kritikal dari pelbagai pihak termasukpenyokong mereka sendiri, akhirnya kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) bersetuju akan menggunakan tema yang sama iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sepakat menggunakan tema tersebut secara bersama dan tidak lagi menggunakan tema pilihan bagi negeri masing-masing sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.
 

Menurut beliau, keputusan Pakatan menggunakan tema tersebut kerana menentang tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Pakatan mendesak Kerajaan Persekutuan menukar tema berkenaan kerana dijadikan kempen Umno BN

Setelah lima hari berlalu, poll yang dibuat oleh akhbar The Malay Mail menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema merdeka tahun ini. Hanya 2 peratus atau 163 peserta ...
Menurutnya, Kedah kekal dengan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri walaupun PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa bagi negeri-negeri PR.