Saturday, August 11, 2012

Sindiket guna pelajar kutip derma sampai pukul 3 pagi

KAKITANGAN JAIS menahan seorang remaja (dua dari kiri) dalam Operasi Pemungut Khairat 
Tanpa Kebenaran di sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (jais) mengesan terdapat sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke pukul 3 pagi setiap hari.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, aktiviti sindiket mengutip derma itu terbongkar selepas lapan individu termasuk tiga rakyat asing ditahan dalam operasi kutipan derma tanpa kebenaran di Seksyen 9, 11, 17, 18 dan 19 di sini semalam.
Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 16 dan 50 tahun kerana didapati menjalankan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran jais dan di kawasan yang tidak dibenarkan.

JAIS serbu pejabat penerbit buku Irshad Manji. Jabatan Agama Islam Selangor hari ini menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku Allah, Kebebasan dan Cintaoleh penulis kontroversi Irshad Manji.
kemaskini 1.05pm Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti dirancang. Kah kah kah.
Titah baginda sultan itu disampaikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa selepas dipanggil mengadap 5 Januari lalu. Mohd Adzib berkata baginda juga menitahkan supaya isu ...
Ini mengenai titah Tuanku berhubung serbuan yang dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Justeru, penulis memulakan pandangan ini berdasarkan ...