Sunday, August 12, 2012

Tak yakin dengan Najib punca Senator BN Sabah sertai Pakatan

KOTA MARUDU: Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja  (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai.
Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana  tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu.

Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel.
Dalam majlis itu, Maijol menyatakan beliau meninggalkan BN adalah kerana hilang keyakinan bahawa BN benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah.
“Saya tidak ingin dimaki oleh generasi akan datang kerana tidak berjuang,” katanya yang turut mengumumkan untuk meninggalkan semua jawatannya dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan 
Turut hadir, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Tian Chua; dan pengasas APS, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Dalam pada itu, Bumburing dalam ucapannya berkata, Najib hanya mengumumkan pembentukan RCI apabila protes untuk meninggalkan BN mencapai tahap tertinggi.
“BN kata Sabah adalah fixed deposit (simpanan tetap). Saya nak tanya, fixed deposit daripada siapa? Orang Sabah atau pendatang tanpa izin?” katanya lagi.

Setiap kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan bersorak dengan melaungkan 'Tuuukar' -slogan PPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS). “Sabah kaya dengan hasil balak dan minyak ...
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh. APS yang didominasi suku etnik ...
Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu. Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk ...
Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.