Wednesday, August 15, 2012

Tiga Menteri Lelaki Terlibat Bersama Shahrizat Dalam Kes NFC

KENYATAAN MEDIA
15 OGOS 2012

TENDER SEMULA NFC: UMUMKAN SYARAT DAN BUTIRAN PERJANJIAN
Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.
Sehingga kini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

1.     Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli;
2.     Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat;
3.     Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.

Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3).

Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato’ Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personalguarantee) setiap anggota keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.

Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.

Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.

Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru.

Saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:
1.     Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi;
2.     Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan
3.     Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.

Kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN



BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Semakan dengan sebuah bank tempatan mengesahkan bahwa memang berlaku penyelewengan dana bernilai jutaan Ringgit Malaysia yang telah dilakukan olih Shahrizat Jalil, suaminya; Dato' Seri Salleh Ismail serta ...
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak terkejut dengan keterangan yang diberikan Datuk Seri Shahrizat Jalil pada perbicaraan kes saman isu Pusat Fidlot Nasional (NFC). “Kita memang sudah ...
Sewajarnya nasib dan hak penduduk berpendapatan rendah ini dibela oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil agar syarikat pemaju yang besar seperti SP Setia memberikan pampasan yang sepadan. Dengan pendedahan terkini ...
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam ...
Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil (Gaji Shahrizat) meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan keluarga menteri itu. Dalam ucapan dasarnya di .
KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian ...
Walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli ...