Wednesday, August 15, 2012

UMNO bayar Abdullah Sa’amah RM2 juta jadi wakil Tuhan


KUALA LUMPUR 15 Ogos: Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah memperoleh habuan sebanyak RM2 juta kerana mengeluarkan fatwa haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP.
Malah, beliau turut menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.Beliau juga mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Kenyataan Abdullah itu disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia 7 Ogos lalu.

Dalam laporan bertajuk ‘Haram, berdosa undi DAP’ itu, Abdullah berkata, DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”
Bagaimanapun, Abdullah mendakwa, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai “bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya”.
Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysiabertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS menggugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP.
Tidak sampai seminggu fatwa peliknya disiarkan akhbar kawalan Umno itu, Abdullah menerima sumbangan kerajaan bernilai RM2 juta.
Replika cek tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam satu majlis yang berlangsung semalam sambil disaksikan sekumpulan hadirin.


Merujuk foto yang dimuat naik dalam facebooknya, Mustafa menulis, majlis itu dihadiri sempena lawatannya ke pondok Abdullah untuk sampaikan sumbangan RM2 juta.
Tulis beliau lagi, empat  bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat pondok itu dan berjanji akan menghulurkan bantuan.
Penjelasan Mustafa itu menerima banyak komen bantahan daripada pengguna facebook.
Antaranya, Ezzanee Has Upah berkata, sumbangan itu sebagai upah keluar fatwa DAP dan kafir harbi sekali.
Wang itu disumbangkan oleh Jawatankuasa Projek-Projek Khas (JPPK), Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Pada cek itu tertera penyampaian kepada Tetuan Pondok An Najmiah, iaitu pengasas Pondok Geting di Tumpat.

1 comment:

Anonymous said...

Demi survival politik, lebar senyuman masing2 yg memberi! Yg menerima, bertambah lebar senyuman!

Hukum agama sudah ternoda. Nanti anak2 yg belajar agama dgn guna duit haram tu akan jadi apa?

Benarlah huukum RASUAH itu berat kerana ia punyai kesan berantai! Sebab itu dalam mereka mendabik dada kata mereka sudah tadbir negara sejak sebelom merdeka, apa sudah jadi pada agama Islam? Apa sudah jadi pada hampir kesemua institusi negara, lebur dimakan rasuah!

Gheng lama