Monday, August 13, 2012

Ustad Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berfatwa

KOTA BELUD: Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebaliknya, katanya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.
Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, Ahad.
Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.
Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. BERNAMA

An additional three Sabah politicians are set to leave Barisan Nasional for the opposition. The three, all key members of the United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) are expected ...
Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan ...
Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel.
Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol. Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri ...