Wednesday, September 26, 2012

Dana PRU13 dan Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat


Dana PRU13 dan Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat
Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13,” katanya.
Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255 meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu.
Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.
Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam 8.00 malam itu nanti.
Isu Politik M'sia di sini.
Umno Pembela Bangsa Melayu di sini.