Friday, September 28, 2012

Datuk Nicol Ann David, semoga berjaya!


Datuk Nicol Ann David
Nicol mara ke suku akhir Carol Weymuller 2012

Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir Terbuka Carol Weymuller 2012 di New York, pada Khamis.

Pemain berusia 28 tahun itu menundukkan Kasey Brown dari Australia dengan 11-9, 11-5 dan 11-6. 

Dalam perlawanan sebelum itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern disingkirkan daripada kejohanan oleh pemain England, Laura Massaro.

Wee Wern bermula baik apabila menguasai dua set pertama dengan 11-7 dan 11-4, namun Massaro berjaya mengembalikan keyakinan diri untuk memenangi tiga set seterusnya dengan 11-2,11-3 dan 11-8. - Bernama
1 dunia, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara semalam. Ia merupakan kejuaraan ...
Ratu skuasy negara dan pemain Nombor Satu Dunia, Datuk Nicol Ann David hari ini mengalahkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy bagi menjulang gelaran juara kejohanan skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB yang ...