Thursday, September 27, 2012

"Ekonomi Rakyat Negara Berkat"

Belanjawan ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia.
Belanjawan pakatan rakyat 2013  "Ekonomi Rakyat Negara Berkat"
Isu Politik M'sia di sini.
Kisah persundalan Umno BN di sini. 
Belanjawan ini tidak membuaikan rakyat dengan gula-gula politik dan strategi perbelanjaan melampau seperti bajet kerajaan Barisan Nasional 2012 yang disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai suatu rasuah politik.
Sebaliknya belanjawan setebal 98 muka surat ini menyusun program perbelanjaan konstruktif untuk membina jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin dan kelas ekonomi menengah secara mapan.

Ia menekankan aspek perumahan, belanja isi rumah, pemilikan kenderaan dan pendidikan tinggi percuma tanpa bebanan dari pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kita juga komited untuk merungkai monopoli Umno-BN yang terus menerus menjerut dan menghambat potensi sebenar sistem ekonomi kita.

Ia cuma akan hadir jika Pakatan mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, insya-Allah.

Agenda besar belanjawan Pakatan ini juga boleh dicapai berdasarkan kepada kebijakan yang terjana hasil dari pengalaman mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang pastinya berguna untuk diaplikasikan di peringkat nasional.

Rakyat telah menyaksikan prestasi kepimpinan Pakatan yang berjaya mengekalkan integriti bebas rasuah di samping kompeten, telus dan berhemat dalam urusan pentadbiran walau terus dimomok dengan pemberitaan berat sebelah dan layanan tidak adil dari kerajaan pusat.