Monday, September 24, 2012

Iklan anti-Islam mula dipasang


kerajaan rakyat
NEW YORK: Iklan-iklan yang menyifatkan kumpulan militan Islam sebagai "manusia buas" akan muncul di stesen-stesen sistem rangkaian kereta api bawah tanah New York esok.
Ia merupakan satu daya usaha sebuah kumpulan anti-Islam berhaluan kanan, lapor agensi berita AFP, semalam.
"Dalam apa sahaja peperangan antara manusia bertamadun dengan manusia buas, sokonglah manusia bertamadun. Sokong Israel. Tumpaskan Jihad," tulis iklan yang dibayar oleh kumpulan Insiatif Pertahanan Kebebasan Amerika (AFDI), yang bakal dipamerkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah itu.
Menerusi wawancaranya dengan saluran berita televisyen CNN, ketua AFDI, Cik Pamela Geller, berkata: "Saya mengiklankannya kerana saya berupaya (berbuat demikian)."

Aktivis berpendirian konservatif yang mengendalikan blog Atlas Shrugs dan mengetuai sebuah kumpulan Stop Islamization of America (Hentikan Pengislaman Amerika) itu mempertahankan langkahnya menggunakan perkataan "manusia buas" dalam iklan itu, sambil mendakwa bahawa jihad - dari sudut maknanya sebagai satu perang suci - menjadikan orang-orang tidak bersalah sebagai sasarannya.
"Saya fikir apa sahaja peperangan ke atas orang awam yang tidak bersalah adalah satu tindakan buas," kata beliau.
Cik Geller berkeras mengatakan iklan-iklan itu tidak bersifat antiagama kerana tidak ada perkataan Islam atau Muslim yang disebut dalam iklan berkenaan.
Sebuah pusat, Southern Poverty Law Center, yang memantau 'kumpulan-kumpulan membenci' menyifatkan Cik Geller sebagai "tokoh gerakan anti-Muslim yang paling ketara dan ranggi".
Kumpulan AFDI telah merujuk kepada mahkamah untuk memaksa Penguasa Pengangkutan Metropolitan New York (NYMTA) untuk menerima iklan-iklan itu.
"Saya tidak akan mengorbankan ucapan saya supaya ia tidak menyinggung perasaan manusia-manusia buas itu," kata Cik Geller.
"Ini adalah kebebasan penyataan, ini adalah kebebasan bersuara," tambahnya, sambil menekankan hakim federal telah memutuskan iklan beliau dijamin di bawah perlindungan fasal kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam perlembagaan Amerika. - AFP.
"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, 
BERLIN: Hamburg menjadi bandar Jerman pertama mengiktiraf hari kebesaran dalam kalendar Islam, langkah bagi menggalakkan integrasi agama minoriti yang sering dikecam oleh golongan yang menentang pendatang.
Jangan Ikut Perangai Sultan: ~ Islam tidak ajar buat macam ini 
Malah, ia turut mengajar bahawa negara itu mungkin akhirnya perlu memusnahkan bandar-bandar suci penganut Islam, seperti Makkah dan Madinah, tanpa mengendahkan kematian orang awam, berikutan adanya contoh ...