Wednesday, September 12, 2012

Kerajaan UMNO BN TIDAK HORMATI PERLEMBAGAAN NEGARA


Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai
Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.

"Ini bercanggah sama sekali dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka yang mahu berhimpun, boleh berbuat demikian secara aman," katanya.

"Kami (Pelapor PBB) telah menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 ditangani dan kita tetap dengan pandangan tersebut," kata Kiai yang belajar undang-undang di Universiti Nairobi dan Harvard.

Kiai yang berada di Malaysia minggu lepas atas jemputan beberapa NGO termasuk Suaram berkata, kerajaan perlu memahami bahawa membenarkan kebebasan berhimpun, tidak mengenepikan tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa perhimpunan kekal aman.

Bagi peguam terkemuka Kenya itu, ini adalah lawatan pertama beliau ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kunjungan suaikenal untuk mengenali negara ini dengan lebih baik lagi, terutamanya mengenai isu yang dipertanggungjawab kepadanya oleh PBB unruk melindungi - iaitu hak untuk berhimpun secara aman.

Semasa lawatan ringkas beliau, Kiai meluangkan masa untuk mengunjungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sebilangan pelapor khas PBB sebelum ini telah menulis kepada kerajaan Malaysia untuk secara rasmi menjemput mereka mengunjungi negara ini ekoran tindakan keras menangani perhimpunan BERSIH, dan Kiai mengesahkan beliau telah menerima jemputan rasmi dari Putrajaya untuk datang tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 3.0, beliau berkata pelapor khas PBB percaya bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, penganjur pada amnya harus bertanggungjawab terhadap acara tersebut.

"Bagaimanapun, jika perbuatan yang menyalahi undang-undang berlaku, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Negara mempunyai tugas utama untuk memastikan perhimpunan itu adalah aman," katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu. 

Dan jika terdapat ejen provokasi dalam perhimpunan tersebut, katanya, mereka hendaklah ditangani secara berperikemanusiaan dan mengikut undang-undang.

"Anda tidak boleh, dan tidak sepatutnya, melepaskan tanggungjawab itu kepada warga individu," tambahnya.

Inspektor Farid seorang polis yang bebal? 

BERSIH 3: Polis Sial 
BERSIH 3: Polis Haramjadah -
BERSIH 3: Polis Lahanat -
BERSIH 3: Polis Macam Anjing -
BERSIH 3: Kesian Najib -
BERSIH 3: Analisa olih Mahathir -
BERSIH 3: Polis Subersif -
BERSIH 3: Polis Bacul -
BERSIH 3: Polis saudara Iblis -
BERSIH 3: Laporan Al-Jazeera 
BERSIH 3: Persundalan Polis -
BERSIH 3: Polis Harami -