Wednesday, September 26, 2012

Kes Penipuan Berbillion RM: Mahathir akan dipanggil beri keterangan


Kes Penipuan Berbillion RM: Mahathir akan dipanggil beri keterangan
Isu Politik M'sia di sini.
Kisah persundalan Umno BN di sini. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menipu kabinet melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

"PKFZ: Mahathir akan dipanggil beri keteranganKami akan panggil Dr Mahathir," kata peguam pembelaan Wong Kian Kheong ketika menyoal balas Ling pagi ini.

Wong bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci berhubung langkah itu.

Sumber yang dekat dengan pihak pendakwaan memberitahu pemberitan, sepina sudah dikeluarkan kepada Dr Mahathir untuk tampil ke mahkamah bulan depan.

Kemungkinan Dr Mahathir akan tampil di mahkamah dalam minggu kedua dalam bulan Oktober, tambah sumber itu lagi.

Dr Ling membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
  
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
  
Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ling hari ini mendakwa tidak pernah menerima surat daripada Dr Mahathir bagi menyatakan terdapat kesilapan pada surat yang dihantarnya berhubung projek PKFZ.
 
Dr Ling turut memberitahu bahawa beliau juga tidak menerima balasan surat menyatakan perkara yang sama (terdapat kesilapan) daripada Kementerian Kewangan.
   
Katanya surat bertarikh 29 Jun 2002 yang mengandungi maklumat kadar nilaian pembelian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) dan kadar faedah 7.5 peratus setahun itu disediakan oleh bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk Zaharah Shaari, Timbalan KSU Datuk Abdul Rahman Mohd Noor dan bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim P. Chandrasekaran.
  
"Sehingga saya bersara pada 28 Mei 2003, tiada seorang pun yang memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada surat tersebut," katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Wong Kian Kheong.
  
Beliau turut menegaskan bahawa tiada pegawai yang memberitahu bahawa kadar RM25 skp dan faedah 7.5 peratus itu tidak mematuhi penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).    

Sementara itu, prosiding yang bermula pada 9 pagi ini terpaksa dihentikan lebih awal apabila Wong memohon penangguhan berikutan masalah kesihatan yang dialami Ling.
  
Ling hanya memberi keterangan selama sejam setengah sebelum Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan Jumaat untuk menyambung perbicaraan.
  
Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan depan berhubung kes ini.
(REUTERS) - Billionaire investor George Soros had a lot to celebrate on Saturday evening: his 82nd birthday and the engagement to his much younger girlfriend Tamiko Bolton. Mr Soros and Ms Bolton, who met in the spring ...
Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan. George Soros sebelum ...
SOROS REPLY TO MAHATHIR .... 6 billion Perwaja steel mill where nobody even know where the money goes, 3 billion bank Bumiputra scandal where George Tan bribed all the bank officials to lend him the money.. 6 billion ...