Monday, September 24, 2012

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik buat lawak

raja nong chik sejadah logo umno
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam. 


Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma.
Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah.

Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.