Thursday, September 27, 2012

Koleksi kasut, barang lain Imelda Marcos rosak dek anai-anai


MANILA: Banyak kasut milik bekas wanita pertama Filipina, Cik Imelda Marcos, rosak disebabkan serangan anai-anai, kesan cuaca dan tidak dijaga sejak koleksi itu dan barang peribadi lain beliau dibiarkan selepas beliau dan suami diktatornya lari dan tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat berikutan kebangkitan popular pada 1986.
Koleksi kasut, barang lain Marcos rosak dek anai-anai
Ratusan pakaian bekas presiden Ferdinand Marcos yang dipakai beliau ketika memerintah selama dua dekad juga mula rosak selepas disimpan bertahun-tahun tanpa sebarang perlindungan di istana presiden dan kemudian di Muzium Kebangsaan Manila.
Pasangan itu meninggalkan Filipina ketika kemuncak kebangkitan 'kuasa rakyat' yang disokong tentera, yang menjadi contoh bagi negara lain di seluruh dunia untuk menolak pemerintahan kuku besi.
Mereka meninggalkan banyak barang peribadi dan pakaian, termasuk sekurang-kurangnya 1,220 pasang kasut Imelda Marcos.
Beliau dan anak-anaknya pulang ke Filipina air beberapa tahun selepas Ferdinand Marcos mati dalam buangan di Hawaii pada 1989.

Lebih 150 kotak pakaian, aksesori pakaian dan kasut pasangan itu dipindahkan ke muzium untuk simpanan sekitar dua tahun lalu selepas anai-anai, keadaan cuaca dan kesan kulat merosakkan pakaian di istana tepi sungai itu.
Di muzium keadaan lebih teruk apabila barang yang tersimpan dalam kotak itu dibiarkan di dewan berkunci yang tiada kemudahan perlindungan daripada kesan kerosakan dan siling bocor kerana hujan ribut bulan lalu, kata pegawai muzium.
Kakitangan muzium yang tidak mengetahui kotak itu berisi barang berharga hanya membuka dewan tersebut selepas menyedari air masuk menerusi pintu.
Mereka terkejut melihat kasut dan gaun Imelda Marcos apabila membuka kebanyakan kotak yang sudah basah.
Sebahagian barang yang rosak akibat dimakan anai-anai dan berkulat tidak boleh dibaiki lagi, kata pegawai kurator muzium, Encik Orlandi Abinion.
"Kami melakukan usaha pemulihan bagi menyelamatkannya. Serangan anai-anai dan kulat sejak beberapa tahun lalu diburukkan oleh ribut bulan lalu. Ini malang sekali kerana Imelda mungkin memakai pakaian ini dalam beberapa acara rasmi besar dan barang-barang itu ada tempat penting dalam sejarah negara," katanya. - AP.
Apr 12, 2011
Jumlah itu disifatkan sebagai terlalu kecil berbanding dengan AS$10 bilion ($12.5 bilion) yang dianggarkan telah digelapkan mendiang Marcos dan sekutunya semasa pemerintahannya selama 21 tahun.

Koleksi kasut, barang lain Imelda Marcos rosak dek anai-anai