Monday, September 3, 2012

Mana PERKASA? Mana Raja-Raja Melayu? Mana Janji yang katanya ditepati?

raja hidup mewah
TERPAKSA HIDUP MELARAT: Cik Rosmazura tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga suaminya yang sakit akibat penyakit paru-paru berair di tempat cuci kereta yang mereka diami ketika ini.- HARIAN METRO

Mana PERKASA?, yang kononnya berjuang untuk orang Melayu?
Mana Raja-Raja Melayu?, yang difahamkan kononnya menjadi payung kesejahteraan rakyat? Apa yang saya nampak, apa yang saya faham, kesemua raja-raja Melayu dipayungi kemewahan hasil daripada cukai yang dibayar olih rakyat jelata! 
SEREMBAN (Negeri Sembilan): Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi, di sini, buntu menghitung nasib diri apabila mereka terpaksa merempat di tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.
Cik Rosmazura Abd Samad, 42 tahun, bersama suaminya yang uzur, Encik Dahalan Ahmad, 65 tahun, diarah keluar daripada rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.
"Memang sudah berbulan-bulan kami tidak mampu membayar sewa menyebabkan bank menghalau kami keluar daripada rumah teres yang mahu dilelongnya itu.

"Kami diberitahu rumah itu sudah dibeli dan terpaksa mengangkut semua barang serta pakaian ke tempat cuci kereta ini, yang sudah dianggap seperti rumah," kata beliau ketika ditemui di sini Jumaat lalu.
Beliau, yang berkahwin dengan suaminya hampir enam tahun lalu, tidak menyangka nasib mereka seburuk itu sehingga terpaksa merempat dan tidur dalam keadaan atap bocor.
"Sudah nasib kami begini. Suami pula disahkan menghidap paru-paru berair awal Ramadan lalu dan tidak mampu bekerja lagi.
"Saya masih kuat bekerja, tetapi mengenangkan suami sakit dan sentiasa memerlukan bantuan, saya terpaksa menjaganya," kata beliau.
Lebih menyedihkan, dua anak perempuannya bersama suami pertama yang berusia 14 dan 15 tahun terpaksa ditempatkan di rumah adiknya di kawasan berhampiran berikutan tiada ruang untuk tidur di tempat cucian kereta itu.
"Lagipun tidak elok anak gadis tidur dalam keadaan terbuka begini. Memikirkan nasib mereka saya menangis.
"Hidup kami juga mengharapkan belas ihsan adik untuk makan," katanya lagi.
Cik Rosmazura berkata 'rumahnya' yang dalam keadaan terbuka itu telah memberi peluang kepada penyamun mencuri dapur dan tong gasnya.
"Sudahlah hidup dalam keadaan daif, peralatan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas dicuri pencari besi buruk.
"Kami sekeluarga tidak mampu beraya seperti orang lain dan tiada sebarang persiapan dilakukan, berikutan tempat cucian kereta kepunyaan suami tidak mampu lagi diusahakan kerana tiada elektrik dan air," katanya.
Cik Rosmazura terpaksa menyimpan pakaian dalam kereta dan sehingga hujung bulan ini mengharapkan belas ihsan tuan rumah yang membeli rumah mereka agar mendapatkan air dan elektrik.
"Bulan depan mereka sudah berpindah masuk membuatkan kami akan tidur dalam keadaan bergelap tanpa elektrik," katanya. - Harian Metro.

Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan Johor dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini ...
NOTA: Kalau ikut sejarah para Nabi, ramai umat tanpa mengikut darjat bolih bertanya terus kepada Baginda, jadi ta'kanlah kepada Sultan, rakyat tidak bolih bertanya!
Manusia Berperangai Macam Syaitan Haram Jadah Bakal Jadi Sultan?
Pabila mereka disergah, maka mereka cepat-cepat pusing cakap, mereka putar kenyataan! Perangai pemimpin UMNO BN: ~ Buat ikut suka dia. ~ Rembat ikut sempat ~ Biarkan rakyat merempat.
Harapan saya, sesiapa yang diberi tanggungjawab dan menerimanya... semoga mereka insaf di atas perangai sial mereka itu.. jangan terima tanggungjawab hanya disebabkan hendak gaji setiap bulan... tetapi cuai, culas dan khainati amanah yang diberikan.