Sunday, September 2, 2012

Pakatan Rakyat akan pulangkan royalti minyak 20% setahun kepada Kelantan

anwar dan tuan guru nik aziz
Pakatan Rakyat akan memulangkan hak royalti minyak 20 peratus setahun kepada Kelantan tanpa perlu penbubuhan sebarang jawatankuasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak payah berjanji-janji. Tak perlu tubuh jawatankuasa. Beri kita dua bulan. Kita bincang dan boleh laksana,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam semalam.
Ucapan Ketua Umum KEADILAN itu disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.

ceramah anwar di tanah merah kelantan
Katanya, perjanjian Petronas dengan semua kerajaan negeri pada 1975 memaktubkan jika minyak ditemui sama ada di atas tanah (on shore) atau di laut (off shore), negeri berkenaan berhak mendapat royalti minyak lima peratus dan dibayar tunai dua kali setahun.
“Kenapa Terengganu dapat, Sabah dapat, Sarawak dapat tapi Kelantan tak dapat? Kalau kita perintah, bukan lima peratus tapi kita naikkan hingga 20 peratus.
“Jadi pemerintah jangan sombong, jangan takbur. Kalau ada minyak yang digali di Terengganu kena (bertindih) pada (perairan) Pahang, maka Pahang juga akan dapat.
“Kita kena adil pada semua. Sebab itu kita kena kata ‘good bye’ (selamat tinggal) pada Umno,” katanya.
Banyak kisah tiada di blog KR tapi ada di sini dan di sini. 

Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.
dulu hingga skg koni tak habih-habih cite pasal royalti minyak di kelantan ni apa hal?
kalau perihatin kat rakyat kenapa tak bayar royalti minyak kepada kelantan
Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada ...