Tuesday, September 11, 2012

Patutlah Najib cakap haramjadah, rupanya Shahrizat Jalil buat kerja haram

shahrizat jalil Pindah wang secara haram
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu lagi bukti baru berhubung syarikat yang dikawal keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Malaysia dan Singapura.
Tiga rangkaian syarikat itu termasuk Meatworks Pte Ltd, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd dan Global Biofuture Pte Ltd disyaki melakukan pemindahan wang haram kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal lembu.
“Pemindahan wang sebegini perlu disiasat di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat sebarang transaksi yang disyaki, sama ada sumber kewangan atau tujuan pemindahan wang dibuat,” tegasnya.

“KEADILAN kini mengalihkan tumpuan terhadap syarikat Global Biofuture untuk memastikan operasinya juga disiasat dan segala pemindahan wang dari dana awam dihentikan,” jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Rafizi mendedahkan tiga dokumen termasuk email dari Donna Yong, kakitangan Meatwork Singapore yang bertanggungjawab terhadap operasi syarikat milik keluarga bekas Menteri Wanita itu di Singapura yang bertarikh 25 Oktober 2010 kepada Jabatan Kewangan National Feedlot Corporation (NFC) dan disalinkan kepada ketiga-tiga anak Shahrizat.
Turut disertakan, borang permohonan penyediaan cek oleh National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NLMC) yang dimilik dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat agar satu bayaran berjumlah 990,402 juta US Dollar (bersamaan hampir RM3 juta) dibuat kepada sebuah akaun bank di Singapura.
Dokumen ketiga ialah invois bernombor V14/10 dari South East Livestock Services Pte Ltd berpusat di Darwin dengan jumlah sama seperti cek tadi kepada Global Biofuture Pte Ltd berpusat di Singapura yang juga dimiliki dan dikawal keluarga Shahrizat.
Dokumen-dokumen tersebut menurut Rafizi mengesahkan bahawa, pembelian lembu dari luar negara dibuat melalui syarikat broker Global Biofuture tetapi dibayar oleh syarikat NMLC menggunakan wang rakyat yang diberikan kepada NFC .
“Masalahnya, pembelian lembu oleh Global Biofuture tiada kena mengena dengan NMLC dan NFC,” katanya.
“Ini bermakna wang NFC telah dipindahkan secara haram melalui NMLC kepada Global Biofuture yang mana kehadiran Global
Biofuture sebagai orang tengah dalam pembelian harga lembu pada harga yang tinggi turut menimbulkan persoalan” jelasnya.
“Kenapa NFC tidak membeli terus lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulan juga dimiliki keluarga Shahrizat?,” soal beliau.
“Apakah keluarga Shahrizat mengambil untung dua kali dalam pembelian lembu luar negara yang dibekalkan kepada NFC?” soalnya lagi.
Menurut Rafizi, bukti baru itu mencukupi agar BNM dan pihak berkuasa menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar AMLA.
Satu laporan baru akan dibuat pada Khamis ini untuk memastikan siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa secepat mungkin.