Tuesday, September 11, 2012

Pencen bagi pemegang jawatan politik dan Ahli Parlimen dihentikan

singapore parliament
Pencen bagi presiden, pemegang jawatan politik dan Ahli Parlimen dihentikan
Singapura: PEMEGANG jawatan politik yang mencapai usia 55 tahun tidak lagi akan mendapat pencen jika mereka kekal dalam jawatan.
Parlimen Singapura semalam meluluskan pindaan ke atas dua rang undang-undang bagi menghentikan skim pencen untuk presiden, pemegang jawatan politik dan anggota parlimen (AP).
Dengan pemansuhan Akta Pencen Parlimen (PPA), yang diluluskan semalam, pemegang jawatan politik serta AP tidak lagi akan diberi pencen mulai 21 Mei tahun lalu.

Tarikh tersebut merupakan tarikh Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pelantikan sebuah jawatankuasa bagi menyemak gaji pemegang jawatan politik.
Membentangkan rang itu buat bacaan kedua di Parlimen semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, berkata langkah tersebut selaras dengan usaha melaksana saranan yang dikemukan jawatankuasa itu.
Beliau menambah bahawa saranan yang dibentangkan jawatankuasa itu telah dibahaskan dan diluluskan Parlimen Januari lalu.
"Anggota daripada keduadua belah pihak dalam Dewan telah menyokong usul menghentikan skim pencen bagi pemegang jawatan politik dan Anggota Parlimen.
"Langkah ini akan membawa rangka gaji mereka selaras dengan penggunaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi skim pesaraan asas untuk rakyat Singapura," kata Encik Teo.
Sebelum ini, pemegang jawatan politik daripada setiausaha parlimen kepada perdana menteri boleh mendapat pencen jika mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lapan tahun dan telan mencapai usia 50 tahun atau lebih tua apabila mereka berundur daripada politik.
Bagi AP pula, yang dipilih sebelum Januari 1995 layak mendapat pencen.
Antara kesan undang-undang baru itu ialah mereka yang dilantik pada atau selepas 21 Mei tahun lalu tidak akan mendapat pencen.
Sehubungan itu, mereka yang berkhidmat kurang dari lapan tahun sebelum tarikh tersebut juga tidak layak mendapat pencen.
Bagi yang telah berkhidmat lebih lapan tahun, tempoh khidmat mereka bagi kiraan pencen akan berakhir pada tarikh tersebut.
Parlimen turut meluluskan satu lagi pindaan yang melaksanakan satu lagi saranan jawatankuasa semakan gaji politik.
Pindaan ke atas Akta Senarai Awam dan Pencen menghapuskan kuasa Parlimen memberi pencen kepada mantan presiden.
Namun, sejauh ini tiada presiden yang pernah diberi pencen.

Lee Hsien Loong dan Najib mengumumkan perincian persetujuan yang dicapai dalam POA kepada pihak media di Hotel Shangri-La, semalam. Perhatikan betul-betul senyuman mereka. Perdana Menteri Singapura ketawa ...
Bagaimanapun, Najib dan Lee Hsien Loong juga bersetuju bahawa proses timbang tara berkenaan tidak sepatutnya menjejaskan inisiatif dua hala lain yang telah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan pertama mereka di ...
Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 24 Mei tahun lalu mengumumkan Singapura akan menyerah semua kemudahan ...
Encik Adil kini tersenarai sebagai di antara sekitar 270 penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Negara dan Biasiswa Presiden, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, dan ...
Mr Lee Hsien Loong announced the appointment of a committee to review 'the basis and level' of political salaries. On Wednesday, after seven months of deliberations, the eight-member committee, ...
File photo of Singapore's Prime Minister Lee Hsien Loong (right) and Malaysian Prime Minister Najib Razak at the Istana on 20 Sep 2010. Mr Lee will visit Putrajaya, Malaysia on Thursday for a Leaders' Retreat with Mr Najib.