Tuesday, September 25, 2012

Taib Mahmud: Manusia terkaya di Malaysia – Kenapa dan Bagaimana?


 Tan Sri Abdul Taib Mahmud Puan Sri Ragad Kurdi
Oleh Hafiz Zainuddin: Pembongkaran terhadap kekayaan maha luar biasa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya bernilai sekitar US$21 billion menyebabkan tidak sedikit rakyat negara ini yang terkejut. Malah, kekayaannya mungkin dicemburui hartawan-hartawan negara pasca DEB-Mahathir yang lain termasuklah Syed mokhtar Al-Bukhary apalagi pemegang rekod manusia terkaya di Malaysia sebelum ini Tan Sri Robert Kuok.

Baru-baru ini sebuah NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

Selain bumi Sarawak yang digondol Taib dengan pembalakan haram, kemakmuran negeri tersebut turut dikongsi secara peribadi tentulah bersama anak-beranaknya sendiri biarpun sebahagian besar rakyat pinggir bandar dan pedalaman negeri Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dirantai kemiskinan.

Kekayaan Taib itu lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Mungkin pendedahan ini akan membanggakan juak-juak fanatis UMNO dengan andaian. “Baguslah ada orang Melayu lebih kaya dari orang Cina.”

Pendedahan mengejutkan: adakah SPRM akan jatuh dayus?
Laporan oleh Bruno Manser dengan tajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ telah didedah dan dikeluarkan di Brussels dan kini ia boleh didapati melalui capaian internet.

Ini merupakan laporan pertama dengan gambaran terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Jelas, laporan ini bertujuan bagi meletakkan tekanan ke atas ‘empayar’ pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat.

Persoalannya, apakah kekayaan luarbiasa yang menimbulkan jutaan tanda-tanya ini akan disiasat agensi anti rasuah negara SPRM?

Sekiranya bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo telah disiasat malah didapati bersalah, begitu juga Teoh beng Hock yang disiasat ‘hingga mati’ bagi jumlah tuduhan penyelewengan yang teramat kecil, bagaimana pula dengan Taib? Apakah SPRM cukup berani?

Adakah Ketua Pengarah SPRM pusat akan meletak jawatan sekiranya beliau tidak mampu untuk menanggung beban kes dan beban fail Taib yang bertimbun kelak?

Siapa lagi BMF siasat?
Selain laporan terkini kekayaan Taib, BMF dalam laporannya sebelum ini telah membandingkan kekayaan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Kedua-dua keluarga itu dilaporkan telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga di antara US$20 bilion dan US$900 bilion.

Menurut laporan BMF, ia percaya kajian yang dijalankannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Taib kerana ada kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah sukar untuk diperolehi.

Anak-beranak dan adik beradik Taib yang untung
Dengan jaringan 400 buah syarikat di seluruh dunia, BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion. Laporan tersebut menyatakan empayar taib ini  dibina melalui kawalan hampir menyeluruh terhadap politik dan ekonomi negeri Sarawak dalam tempoh 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa.

Laporan sebanyak 45 mukasurat tersebut telah menonjolkan kekayaan adik Taib iaitu Onn Mahmud yang merupakan orang yang kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 billion.

Anak sulung Taib bernama Mahmud Abu Bekir yang menjalankan perniagaan pembinaan, hartanah dan tenada di Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 billion.

Ranking seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib salah seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta).

BMF turut melaporkan mengenai pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta muta’ah serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlrutan lama.

Persoalan kreadibiliti Najib dan niat suci SPRM
Sebagaimana hasrat dan cita-cita murni SPRM untuk menjadi badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan professional setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong, adakah mereka bakal menempuh jalan berliku atau tersadung perihal kes kekayaan luarbiasa Taib Mahmud ini?

Malah, kenyataan Najib dalam satu sidang medianya supaya ‘jangan layan dakwaan yang bermacam-macam’ menimbulkan persoalan, adakah Najib cuba melindung jerung besar ini demi kepentingan politiknya?

Apakah kekayaan Taib Mahmud akan diperah Najib untuk dibuat modal memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dengan ‘janji rahsia’ meneruskan jawatan Ketua Menteri Sarawak itu jika BN menang disana atau, setelah habis madu Taib diperah, lantas sepah dibuang?

Kita tidak punya kuasa seperti SPRM, kita cuma mampu untuk tunggu dan lihat siapa yang lebih bijak samada Taib, Najib, SPRM atau rakyat? – 
CORRUPT BARISAN NASIONAL
   
People's power in Egypt: A lesson for Najib and Taib Mahmud. Written by Charles Santiago. We saw images of people in Tahrir Square crying, laughing, kneeling and kissing the ground as news of Egypt's dictator, Hosni ...
Sarawak Report has uncovered devastating documents which prove that Abdul Taib Mahmud, Sarawak's Chief Minister, is the real owner of millions of dollars of property assets held in the name of family members abroad.
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon ...
Patutlah Taib mahmud bolih beli apam muda... import lagi you... rupanya dia ada duit billion-billion.
Taib Mahmud marries Lebanese woman in her 30s. Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud, 74, is believed to have married a woman in her 30s from Lebanon. 
Semalam, Presiden Transparency International (Malaysia), Paul Low menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan, segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud bagi 
UNITED KINGDOM: Demontrasi aman mendesak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud 'Hentikan Rasuah Balak', berlangsung di United Kingdom, dipercayai anjuran kumpulan pejuang hak pribumi Bruno ...
Projek Empangan Bakun diserah kepada Ekran Bhd, yang dikuasai kroni Taib Mahmud, Ting Pek Khing pada tahun 1994. Namun demikian, projek mega ini terpaksa diketepikan berikutan kemelut ekonomi pada tahun 1997.
SARAWAK: Tindakan kerajaan Sarawak pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud membenarkan kilang aluminium di Mukah seolah-olah membunuh rakyat secara senyap, 
 Name of the King: TAIB MAHMUD. 
Abdul Taib Mahmud mungkin sekadar seorang Ketua Menteri di salah sebuah negeri di Malaysia yang menerima gaji rasmi yang sederhana, tetapi beliau sekeluarga mampu memperagakan barangan kemas setanding ...
BN menjadi semakin parah dengan hubungan yang runcing antara Ketua Menteri Taib Mahmud dengan Najib yang membuat ucapan menyinggung semalam dengan menyatakan Taib akan berundur selepas pilihanraya.
Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud. Salleh yang keluar dari dewan ...
Paying a high price for democracy.
“Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan,” kata Anwar. 
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang juga Timbalan Pengerusi Cahya Mata Sarawak, anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka akan menggantikan adiknya Datuk Seri Sulaiman Taib ...
Kerajaan Rakyat : KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa tiga tuntutan daripada kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas BN mendapat mandat pada Pilihan Raya Sarawak yang ...
Tenungan wanita berusia 31 tahun, (44 tahun lebih muda darinya) membuatkan setiap urat ditubuh Taib Mahmud menjadi kejang, kapla lututnya turut menggigil.. !! Bila urat Taib dah kejang.... habis wang dan khazanah ...
Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud. Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ...
KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semakin bertambah dengan aktivis Internet menyiarkan protes mereka secara dalam talian menjelang ...