Wednesday, September 5, 2012

Tan Sri Hamzah Abu Samah meninggal dunia


 Tan Sri Hamzah Abu Samah
IMBAS...Hamzah (kiri) ketika menghantar kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. 
MALAYSIA kehilangan tokoh sukan tersohor, Tan Sri Hamzah Abu Samah (gambar kecil) yang banyak mewarnai arena sukan tempatan serta membawa nama negara ke persada antarabangsa.
Berikutan penglibatan aktifnya dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa, Allahyarham semasa hayatnya telah dilantik menjadi presiden bagi beberapa persatuan sukan tempatan dan pernah dipilih menjadi naib presiden Persekutuan Bola Sepak Antara- bangsa (FIFA).
Hamzah, 88, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan pada kira-kira 3.30 petang semalam akibat sakit tua.

Adik ipar kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan bapa saudara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu meninggalkan isteri, Toh Puan Sri Zainun, adik kepada Abdul Razak, serta tujuh orang anak.
Presiden seumur hidup Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu, anak kelahiran Pekan, Pahang dan merupakan bekas anggota Parlimen Raub (1967-1978) dan Temerloh (1978-1980), adalah bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Gray's Inn, England pada 1953.
Bekas menteri kabinet sejak 1960-an hingga meletakkan jawatan sebagai menteri pada tahun 1980 selepas menjalani pembedahan 'pintasan koronari', dan pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan daripada 1971-1973, Menteri Pertahanan (Ogos 1973), Menteri Perdagangan dan Industri (September 1974) dan jawatan terakhir sebagai Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara.
Sebelum itu, Allahyarham pernah bertugas sebagai Penolong Penyelia Pilihan Raya Pahang, hakim di Alor Setar, Kedah, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor serta Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia pada 1972, Allahyarham telah dilantik sebagai Menteri Pengiring kepada Ratu England itu.
Allahyarham yang juga bekas Ketua Perhubungan UMNO Pahang dan anggota Majlis Tertinggi UMNO bukan sahaja seorang pemimpin politik tetapi juga pemimpin pelbagai badan sukan di dalam negara serta peringkat antarabangsa.
Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 1978 sehingga 1994 dan menjadi Presiden Kehormat AFC selepas itu.- Kosmo

orang umno betul tentu islam
Isu Politik M'sia di sini. Kisah persundalan Umno BN di sini.