Tuesday, September 25, 2012

Tiga penulis blog dipenjara


Tiga penulis blog dipenjara
AFP: BEBERAPA anggota polis memeriksa pintu masuk ke mahkamah yang menjadi tempat tiga penulis blog dihukum penjara di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam semalam.
BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.
Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.
Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.
Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.

"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.
Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.
"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.
Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.
Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.
Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman webFree Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.
Laman web itu diharamkan di Vietnam.
Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.
Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara. - AFP
Sep 22, 2012
Kekadang timbul rasa kesian pada penyokong-penyokong Umno (Baru), terutamanya kepada para blogger pro Umno (Baru). Ramai dikalangan mereka yang tidak tahu sejarah parti yang mereka sokong. Dalam perkataan ...
22 hours ago
Blogger-blogger PR ni suka sangat fitnah Rosmah Mansor... kesian Najib... Cuba-cubalah bawak fikir sikit.... kan Rosmah tu pandai menabung.... Rosmah kata dia beli cincin Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond .
Sep 19, 2011
KerajaanRakyat : Kekadang saya naik meluat dengan beberapa blogger yang kononnya 'Pro Pakatan' KeADILan khasnya tetapi membesar-besarkan isu haprak yang diadun dalam lingkaran FITNAH oleh blogger harami ...
Jan 26, 2011
Jothy Sdn Bhd director Tharumaraj Sivaperumal, the owner and manager of Jothy's Fish Head Curry and Banana Leaf Restaurant, filed a civil suit at the High Court's registry here this week, naming blogger Poh Huai Bin and ...
Nov 28, 2009
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada blogger Kickdefella, Syed Azidi kerana telah berjaya mengeluarkan Abdul Ariffahmi dari PMBK, jika tidak ia akan terus menjadi bahan cerita dan umpan fitnah oleh ...