Sunday, October 14, 2012

3.5 juta penduduk Indonesia buta


orang buta
JAKARTA - Indonesia dilaporkan mempunyai kadar orang buta kedua tertinggi di dunia daripada 1.5 peratus penduduknya atau 3.5 juta rakyatnya disahkan buta.
Pengarah Hospital Mata Cicendo di Bandung, Dr. Hikmat Wangsaatmadja berkata, terdapat kira-kira 45 juta penduduk dunia yang buta.
“135 juta daripada penduduk dunia pula mengalami masalah penglihatan dan 90 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun,” katanya. - AGENSI