Monday, October 1, 2012

Agong, Permaisuri dan Menteri Melancung Ke Jepun. Perbelanjaan rakyat bayar. Apa faedah untuk rakyat?


 Sultan raja membazirkan duit rakyat
SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Jepun pada Isnin bagi mengadakan lawatan negara selama lima hari.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas pada pukul 8.45 pagidari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disini.
Baginda diiringi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai menteri pengiring serta pegawai kanan Istana Negara, Jabatan PerdanaMenteri dan Kementerian Luar.
Sekadar bertanya: Berapa banyakkah duit rakyat dibelanjakan untuk membiayai institusi raja dan kesultanan Melayu? Apakah benar Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu yang berlambak di negara ini benar-benar prihatin terhadap permasalahan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu?

Turut mengucapkan selamat berangkat ialah Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan MenteriLuar Kohilan A. Pillay dan Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Sebelum berangkat, Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan utamayang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama RejimenAskar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam.
Lawatan Yang di-Pertuan Agong itu adalah atas undangan Maharaja Jepun Maharaja Akihito.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat mengunjungi Maharaja Akihito dan Maharani Michiko serta menghadiri majlis santapan negara bagi meraikan Seri Paduka berdua.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah juga dijadual berangkat menemui komuniti rakyat Malaysia di Jepun sempena majlis jamuan makan malam yang diatur Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko pernah melawat Malaysia pada 1991 dan2006.BERNAMA