Friday, October 19, 2012

Berikan air mani kepada Shahrizat Jalil, confirm dia riang gembira!!


mani kambing dan lembu
Bagaimana pula dengan pembaziran yang dilaporkan Ketua Audit Negara?

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, Marditech Corporation mengimport air mani kambing dan lembu daripada Afrika Selatan dan Australia untuk tujuan pembiakan.

Daripada 3,800 straw mani kambing dan lembu yang diimport antara tahun 2007 hingga 2011, sebanyak 3,334 straw bernilai RM486,100 masih belum digunakan sehingga 31 Disember 2011. Simpan nak buat apa? Berikan air mani tu kepada Shahrizat, kan bagus!



Lim Guan Eng sudah pun menjawab soalan yang cuba disensasikan Utusan Malaysia di muka depannya hari ini. Semalam lagi Guan Eng sudah jawab soalan tersebut, sebelum sempat pun Utusan bertanya. Jadi apabila terjeling muka depan yang tersepah di lantai, saya hanya mampu ketawa.

Lim Guan Eng
Semalam lagi, Guan Eng sudah mengeluarkan kenyataan bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menjimatkan sejumlah besar peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Guan Eng berkata bahawa baki RM362.3 juta yang tidak dibelanjakan itu adalah disebabkan oleh dua perkara utama dimana RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University (AWLU) di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan.

“Ini disebabkan AWLU bersetuju untuk memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh, maka pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan,

“RM262.3 juta yang diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air pula tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB),”

Ini sudah jelas. Apa lagi yang Utusan Malaysia mahu tembak-tembak? Tidak serik kena saman berkali-kali?
Yang nyata, wang yang dipersoalkan Utusan Malaysia sudah dijawab.

Sekarang yang rakyat mahu tanya ialah apa cerita wang sampai RM40 juta untuk UMNO Sabah yang masih belum dijawab Perdana Menteri? Bukankah wang itu juga boleh digunakan untuk membantu perumahan Bumiputera?

Bagaimana pula dengan pembaziran yang dilaporkan Ketua Audit Negara?

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, Marditech Corporation mengimport air mani kambing dan lembu daripada Afrika Selatan dan Australia untuk tujuan pembiakan.

Daripada 3,800 straw mani kambing dan lembu yang diimport antara tahun 2007 hingga 2011, sebanyak 3,334 straw bernilai RM486,100 masih belum digunakan sehingga 31 Disember 2011. Simpan nak buat apa?

Apa duit rakyat ini pasir kah? – Roket.