Monday, October 1, 2012

Datuk Seri Najib Razak, Jantan Sundal yang Bacul Pengecut Haramjadah


 Najib Razak Bacul Pengecut Haramjadah
Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.
Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.

Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.
Najib pengecut, gagal sahut cabaran Anwar debat Bajet 2013Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara. 

“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.