Friday, October 19, 2012

Disebalik penafian persundalan seorang menteri


Rais Yatim rogol pembantu rumah
Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.
“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian  menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .
Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.
Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.