Monday, October 8, 2012

Ejen AS dilarang minum alkohol berlebihan


san maguel
WASHINGTON: Perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat melarang ejennya minum minuman keras berlebihan atau menggunakan laman rangkaian sosial.
Langkah tersebut diambil lima bulan selepas berpuluh-puluh kakitangan perkhidmatan itu didakwa berparti dan mabuk dengan pelacur di Colombia, beberapa hari sebelum Presiden Barack Obama tiba di Cartagena bagi menghadiri satu sidang ekonomi.
Pengarah agensi itu, Encik Mark Sullivan, yang juga seorang ahli Kongres, berkata peraturan tersebut diperkenal bagi menghalang insiden di Cartagena April lalu berulang.

Akhbar Washington Post melaporkan peraturan baru itu juga bertujuan menjadikan kesalahan tersebut membawa kepada pemecatan.
Jurucakap perkhidmatan perisikan itu, Encik Ed Donovan, pula berkata pelaksanaan rasmi peraturan itu dibincangkan secara menyeluruh selepas siasatan kes Cartagena.
Dasar alkohol menetapkan seorang ejen tidak boleh minum arak 10 jam sebelum lapor tugas.
Ketika lawatan rasmi, mereka dilarang minum arak di hotel tempat presiden atau tetamu kehormat lain menginap. - Agensi.