Tuesday, October 9, 2012

KEADILAN GESA RAKYAT HADIR KONSERT BERSIH


Konsert Bersih 8 Tuntutan pada 13 Oktober 2012
KEADILAN menyokong sepenuhnya usaha kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Bersih 2.0 yang mengadakan Konsert Bersih 8 Tuntutan pada 13 Oktober 2012 demi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya pilihanraya diadakan dengan bebas dan bersih.

Seperti yang umum sedia maklum, 8 tuntutan Bersih 2.0 hingga ke hari ini masih belum lagi dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Malah pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi untuk tidak melaksanakan kelapan-lapan tuntutan tersebut, yang memberi persepsi SPR seakan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem pilihanraya di Malaysia.
Oleh itu, KEADILAN menggesa seluruh rakyat Malaysia termasuk anggota-anggota KEADILAN untuk hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8 Tuntutan 13 Oktober ini. Marilah kita bersama-sama menunjukkan yang rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih.

YB Chua Tian Chang, 
Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya